Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 18, 2022 @ 6:05pm

[VIDEO] “Tu Mata Kail Ke?” – Netizen Persoal Bunga Isme Tindik Hidung Dalam Universiti?

Penampilan penyanyi rap, Bunga Isme mencuri perhatian ramai setelah berkongsi sebuah video di akaun TikTok miliknya.

Video pendek berdurasi 7 saat itu memaparkan Bunga yang sedang berjalan sambil menyanyi secara ‘miming’ dengan reaksi muka yang boleh dikatakan sedikit ‘daring’.

Namun begitu, mata netizen tertumpu kepada aksesori anting-anting hidung berbentuk bulat yang dipakai oleh pelantun lagu Mereng ini.

Ekoran itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Bunga yang memakai aksesori berkenaan di Universiti Awam.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen sempat berseloroh dengan mengatakan bentuk subang hidung Bunga itu seperti mata kail.

Bagaimanapun, buat masa ini masih tiada penjelasan daripada penyanyi itu mengenai tindakan beraninya.

Selebriti berusia 22 tahun itu juga difahamkan baru sahaja menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam secara sepenuh masa.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 338,000 tontonan, 35,000 tanda suka dan 166 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024
Trending Tue, 2 Feb 2021
Eat Travel Sun, 10 May 2020
Featured Wed, 3 Jun 2020
Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Hazama Tak Takut Kalah Dengan BBNU

Betul! Baru atau lama, masing-masing hebat!

Trending Mon, 11 Nov 2019

Lazada 11.11.19 Is Back, These Are The 11 Must Buy Deals You Should Definitely Purchase!

We list down these 11 super awesome items you should definitely BUY at Lazada 11.11!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Wow! Mampukah Sufian Suhaimi mencipta sejarah dalam #AJL33 nanti? Sama-sama kita tunggu

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
error: Content is protected !!