Trending By: Attiqah Mohd March 26, 2020 @ 3:02pm

7 Petugas Istana Sah Positif COVID-19, Tuanku Agong Dan Raja Permaisuri Kini Jalani Tempoh Kuarantin

Susulan wabak Coronavirus, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, dilaporkan menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, perkara itu disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas tujuh petugas Istana Negara dipercayai positif COVID-19.

Ujian saringan negatif, tetap ambil langkah berjaga-jaga  jalani proses kuarantin

Walaupun, telah menjalani ujian saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif, kedua-dua pasangan diraja itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani tempoh kuarantin. 

Para petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 kini berada dalam keadaan stabil dan dipercayai sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu. KKM masih mengenal pasti punca jangkitan yang berlaku.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Berita Harian,  susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah telah membatalkan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

Dalam perkembangan lain, seramai 80 orang anggota kesihatan KKM kini dijangkiti COVID-19

Sumber: Berita Harian, KKM Putrajaya 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Feb 2019

「无痛存钱法」容易把钱花掉!掌握「存钱效率」才是关键

放假就会想花钱,因此许多人都打算制定新年存钱计画,想把钱留下来,其实累积财富的效率来自「持之以恒」,如果用「存钱效率」将更能把钱留下来。

Drama Sat, 10 Dec 2022

Gara-Gara Penonton Benci Watak Halijah Dalam Rindu Kasih TV3, Fazlina Ahmad Daud Kena ‘Serang’ Peminat!

Pelakon Fazlina Ahmad Daud menjadi sebutan ramai selepas karakter Halijah yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 berjaya ‘menyakitkan’ hati penonton. Akibat watak yang menjengkelkan itu, terdapat segelintir individu yang berani menyerang […]

#LaguXTRA Thu, 1 Feb 2024