Selebriti By: Atiqah Johari October 23, 2023 @ 2:46pm

“Saya Tak Tahu Saya Hamil” – Tiada Niat Sembunyi, Yana Samsudin Bakal Timang Anak Ke-3… Diuji Alahan Teruk!

Pelakon dan usahawan, Yana Samsudin memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah cecah enam bulan.

Jelas Yana, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai kandungannya cuma tidak mahu terlalu gembira kerana pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

“Sebelum ini yang nombor satu dengan dua (anak) dia (suami) yang umumkan. Yang kali ini, saya pun tak umumkan tapi tadi ada yang tanya. Saya tak boleh menyorok sebab takkan saya cakap saya tak mengandung, kalau nampak saya cakap Alhamdulillah doakan saya selamat bersalin.

“Tak ada niat untuk tak bagitahu ke apa, siapa nampak saya tak pernah menidakkan cuma benda baru tak nak beria. Alhamdulillah dah enam bulan dah, hujung bulan Januari atau awal Februari saya bersalin. Jantina bayi belum nampak lagi,” katanya.

Kongsinya lagi, kehamilan ketiga ini dia mengalami alahan teruk sehingga terpaksa memasuki hospital berkali-kali.

“Saya tak tahu saya hamil tengok-tengok dah nak lima bulan, saya tak ada loya. Kali ini siang malam saya tak boleh bangun, baring je. Makan pun tak boleh sampai saya masuk hospital banyak kali. Teruk.

“Drip (masuk air) banyak kali, drip vitamin sebab cecair tak boleh masuk sampai nak dekat lima bulan. Saya juga diuji lagi sekali dengan Influenza A, tak boleh makan lagi, masuk air lagi,” kongsi Yana.

Dijangka bersalin hujung Januari depan, Yana juga disarankan oleh doktor untuk bersalin secara pembedahan setelah dua kali melalui prosedur sama menerusi kehamilan terdahulu.

“Saya tak disarankan untuk bersalin secara normal sebab dah bersalin secara pembedahan dua kali. Tak apalah rezeki kita,” ujarnya.

Untuk rekod, Yana berkahwin dengan Fadzil Zahari pada Februari 2015 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3.

Dalam perkembangan lain, Yana kini muncul dengan produk minuman terbaharu minuman susu oat Bagoos sebagai alternatif yang lebih sihat dan berkhasiat buat Masyarakat.

Minuman susu oat Bagoos merupakan produk minuman tanpa tenusu dan krimer serta sangat bersesuaian untuk semua lapisan umur termasuk yang menghidap penyakit ekzema.

Minuman susu oat Bagoos ini juga didatangkan dengan lima pilihan perisa tetapi Yana memilih untuk keluarkan tiga perisa dahulu iaitu Minuman susu oat Bagoos coklat, Minuman susu oat Bagoos kurma dan Minuman susu oat Bagoos dengan Oat & Chia seeds.

Artikel Berkaitan: “Farid Buat Keputusan Yang Bagus Untuk Masa Depan Anak-Anak” – Fadzil Zahari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura

Trending Tue, 6 Jul 2021
Hiburan Sun, 27 May 2018

Projector Band Sudah Tidak Laku?

Fenomena ‘one hit wonder’ sememangnya sering menghantui anak seni terutamanya penyanyi. Apakah populariti sekelip mata pernah diraih Projector Band menerusi single Sudah Ku Tahu pada 2016 kian pudar?

Drama Fri, 3 Mar 2023
Trending Sun, 30 Sep 2018

GEMPAR! Mayat Bayi Ditemui Dalam Lokar Lepas Lima Tahun

Menurut jurucakap Polis Tokyo, suspek tinggalkan mayat bayi sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.

Trending Thu, 8 Nov 2018

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Sinead O’Conner menemukan ketenangan setelah mengenali agama suci ini.

#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Hiburan Sat, 5 Aug 2023