Trending By: SGMS Enal December 31, 2018 @ 11:08am

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan Akhirnya ..

Gadis berusia 13 tahun ini diejek sebagai ‘Gadis Sampah’, dibuli oleh rakan-rakan selain turut dipulau hanya semata-mata dia gemar memungut sampah yang dibuang di tepi jalan, tetapi usahanya setiap hari terbalas apabila mula disanjung dunia.

Nadia Sparkes, berasal daripada Norfolk, England ini bagaimanapun enggan perbuatan nakal segelintir rakan-rakannya itu menjadi penghalang kepada niatnya yang mahu melihat Bumi menjadi lebih bersih.

Malah, selepas dia diangkat menjadi Duta kepada Tabung WEF, Nadia beralih daripada gadis sampah dan menjadi sensasi media sosial yang baru. Terkini, akaun media sosial milik Nadia sudahpun diikuti lebih ribuan netizen yang menyanjungi usahanya selama ini.

Semenjak dia memulakan ‘kerja amal’ tersebut, Nadia sudahpun berjaya mengumpul sampah melebihi 1,000 liter yang boleh mengisi sebanyak 40 buah tong sampah dapur.

Setiap hari dengan basikalnya, Nadia bergerak awal sejam menuju ke sekolah bagi memberikan ruang kepada dirinya untuk membersihkan jalan yang digunanya setiap hari. Bukan itu sahaja, Nadia juga sering sampai lewat ke rumah kerana dia melakukan perkara yang sama ketika pulang daripada sekolah.

Awal tahun ini, Nadia yang juga seorang pelukis berbakat cuba memberikan motivasi kepada dirinya apabila menghasilkan satu lukisan mengenai dirinya sendiri dimana ejekkan ‘Gadis Sampah’ dilakar menjadi watak seorang wira.

Usahanya membuatkan hasil apabila diberi kolum khas oleh Eastern Daily Press untuk menerbitkan kartun mengenai Trash Girl’ dalam menyampaikan mesej kesedaran terhadap orang ramai. Malah, Nadia turut mengeluarkan cenderamatanya sendiri bagi mengumpul dana untuk membolehkannya membeli botol air dan diagihkan kepada para pelajar sekolah.

Menurut ibunya, Paula Sparkes, niat Nadia adalah mahu menyedarkan orang ramai terutamanya mengenai keburukkan sampah, namun biar apa pun pencapaian hari ini, ejekkan Gadis Sampah masih lagi kedengaran.

”Ia sangat sukar untuk mengubah sikap remaja. Nadia sering kali merasa sendirian dalam usahanya memungut sampah, namun menyedari semua orang sepertinya merasakan perkara yang sama. 

”Dia cuba membina komuniti yang mahu bersama-sama dengannya untuk mengubah dunia ke arah lebih bersih. Dia berjaya, malah dia dihubungi oleh ramai aktivis daripada seluruh dunia.

”Kami sangat berbangga dengannya”, kata Paula.

Sumber: BBC 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 May 2023
Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Meriahkan Raya Korang Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah. Semua tu bukan angan-angan tau, […]

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Sat, 25 Sep 2021
familuv Fri, 24 Feb 2023