Trending By: SGMS Faida October 13, 2018 @ 4:45pm

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Menutup aurat adalah wajib bagi setiap wanita Muslim, kerana ia adalah perintah daripada Allah dan sebagai seorang Muslim memakai tudung adalah sebahagian daripada tuntutan yang perlu dilakukan.

Baru-baru ini, tular di Twitter apabila kisah gadis ini menggalakkan wanita lain untuk tidak memakai tudung. Erk, betul ke? 

Gadis yang menggunakan nama akaun Twitter bernama Diandujor menceritakan kisah keputusannya untuk tidak lagi bertudung. 

Malah, menerusi bebenang Twitter itu juga, dia membuka ruang DM kepada netizen yang ingin berhujah mengenai pandangan atau berkongsi pengalaman tentang Dehijabing (membuka tudung).

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung. Dalam bebenangnya juga dia berkongsi Tweet daripada wanita lain yang berasa terbeban untuk memakai tudung.

Gadis itu turut berkongsi antara DM diterima seorang wanita yang bekerja di Singapura. Wanita itu mengakui dirinya berasa terbeban memakai tudung sejak berusia 11 tahun selepas dipaksa oleh ustazah sekolahnya. Apabila meningkat dewasa, dia telah membuat keputusan untuk membuka tudung dan berasa bebas.

Menurut individu tersebut tiada seorang pun rakan dan keluarganya yang mengetahui dirinya membuka tudung kerana mereka seorang Islam yang konservertif dan dia tidak tahu apakah reaksi ahli keluarganya jika mengetahui dia membuka tudung.

Niat Nak Buka Tudung Memang Dah Ada

Sejak zaman universiti wanita berkenaan berperang dengan perasaannya untuk membuka tudung, namun kerana memikirkan penerimaan keluarganya akhirnya dia hanya menyimpan hasrat itu. Namun akhirnya dia tidak memakai tudung sejak bekerja di Singapura.

Terima Banyak DM

Dalam bebenang yang dikongsikan wanita ini, ramai gadis yang berkongsi pengalaman dan hasrat mereka untuk tidak memakai tudung. Ada yang memakai tudung disebabkan keluarga dan ada juga yang berasa terpaksa disebabkan sistem pendidikan di Malaysia.

Suka Isteri Tak Bertudung?

Namun ada satu bebenang yang menarik perhatian, tentang luahan seorang suami yang tidak membenarkan isterinya memakai tudung. Dahulunya isterinya memakai tudung, tetapi apabila berkahwin dia menyuruh isterinya menanggalkan tudung.

Jangan Ajak Orang Lain Kalau Awak Tak Bertudung

Sejak wanita ini memuat naik statusnya di Twitter, netizen mula menyerang akaun Twitter wanita ini kerana dia dilihat sengaja menggalakkan wanita lain untuk tidak memakai tudung. 

Dalam balasan Tweet daripada netizen, wanita ini bersikap angkuh apabila tidak mengendahkan nasihat daripada netizen yang menyuruhnya berhenti mempengaruhi orang lain untuk menanggalkan tudung.

Sumber: Twitter @Diandujor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Wed, 27 Dec 2023

Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

Video tular melibatkan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat tidak pandai menyiang ikan ketika program tersebut bersiaran secara langsung masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Malah, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai […]