Sedia untuk bertarung?

Vokal Mania, Setiap Sabtu, 9:00 malam

Hari
Jam
Minit
Saat

VIDEO PROMO

VIDEO PROMOSI VOKAL MANIA

ROOKIE MINGGU 6

PEMENANG ROOKIE STAR AWARD

TENTANG #VOKALMANIA

Vokal Mania adalah sebuah program realiti terbaharu di TV3 di mana 24 orang penyanyi amatur (diberi gelaran Rookie) akan bertanding dengan 4 orang penyanyi profesional (diberi gelaran Idol) bagi merebut hadiah terkumpul bernilai RM80,000!

FORMAT PROGRAM

4 orang penyanyi amatur terpilih (diberi gelaran Rookie) akan digandingkan bersama 4 orang penyanyi profesional tetap (diberi gelaran Idol) dalam setiap episod untuk berlawan membuat persembahan nyanyian lagu solo dan duet. Juri tetap akan menentukan pemenang setiap perlawanan.

Seorang Rookie terbaik dalam setiap episod juga akan diberi gelaran Rookie Star Award dan pemenang akan ditentukan melalui 70% undian awam dan 30% markah daripada juri tetap. Pemenang akan memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja.

Selain itu, penonton juga boleh mengundi kesemua 24 Rookie setiap minggu untuk membantu Rookie pilihan mereka mara ke peringkat separuh akhir pada minggu ke-7. Hanya 8 Rookie yang mempunyai campuran markah juri dan undian tertinggi layak ke peringkat ini. Mereka akan membuat persembahan untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. Hanya Rookie sahaja yang akan bertanding di peringkat separuh akhir.

Pada episod akhir Vokal Mania, 1 Idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan 1 Rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, 1 rakaman lagu dan 1 muzik video."

SOALAN LAZIM

UMUM

Vokal Mania adalah sebuah program realiti terbaharu di TV3 di mana 24 orang penyanyi amatur (diberi gelaran Rookie) akan bertanding dengan 4 orang penyanyi profesional (diberi gelaran Idol).

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, penyanyi Rookie dipilih melalui platform media sosial dan melalui uji bakat melalui penghantaran video di https://www.xtra.com.my/ujibakat dan uji bakat tertutup.

Uji bakat telah berlangsung pada 3 Ogos - 30 September 2020 yang lalu. Setiap peserta disenarai pendek berdasarkan keputusan penganjur melalui bantuan juru vokal dan pengarah muzik yang bertauliah.

Terdapat 4 pusingan pertarungan dalam setiap episod. Untuk setiap pusingan, penyanyi Idol dan Rookie akan mempersembahkan 2 lagu; 1 solo dan 1 duet. Juri profesional akan menentukan pemenang untuk setiap pertarungan berdasarkan persembahan masing-masing.

Sekiranya penyanyi Rookie menang pada pertarungan tersebut, dia akan memenangi wang tunai RM1,000.

Kedudukan Rookie dalam carta akan menentukan peluang mereka untuk mendapatkan Rookie Star Award di hari pertarungan mereka serta peluang untuk mereka mara ke pusingan separuh akhir.

UNDIAN ONLINE

Undi Rookie pilihan anda di laman web rasmi Vokal Mania di https://www.xtra.com.my/vokalmania . Anda juga boleh mengundi secara pukal jika anda membeli produk yang tersenarai di bahagian “Mamee London Roll”.

Anda boleh mengundi kesemua 24 Rookies setiap hari Ahad hingga Jumaat kerana sistem undian akan dikemas kini setiap hari.

Manakala pada hari Sabtu, undian hanya dibuka untuk 4 Rookies yang akan bertarung dalam setiap episod (episod 1 sehingga episod 6) untuk menentukan pemenang bagi Rookie Star Award (Rookie terbaik pada malam mereka bertanding).

Anda boleh mengundi sebanyak 10 undian setiap hari untuk setiap alat peranti.

Jika anda ingin mendapatkan 10 undian tambahan, kongsikan pautan laman pengundian yang boleh dilakukan melalui Facebook, Twitter atau WhatsApp.

Anda boleh memberikan 40 undian tambahan kepada Rookie pilihan anda jika anda membeli produk daripada Mamee London Roll di akaun rasmi Mamee London Roll di Shopee. Ketahui info lebih lanjut dan cara-cara mengundi bersama Mamee London Roll di sini.

Kami menerima setiap pembelian produk terpilih Mamee London Roll yang menepati kriteria seperti berikut:

  • Pembelian dalam talian melalui laman rasmi Mamee London Roll di Shopee Mamee London Roll.
  • Menghantar undian dengan mengisi butiran di laman rasmi Vokal Mania.
  • Setiap bukti pembelian dengan nilai gandaan seperti,
    • RM25 / 1 Pek Kombo = 40 undian
    • RM50 / 2 Pek Kombo = 80 Undian
    • RM75 / 3 Pek Kombo = 120 Undian
    dan seterusnya
*Harga tertera tidak termasuk kos penghantaran dan tidak ditanggung oleh pihak penganjur.

Sekiranya anda telah membelanjakan RM35, anda hanya akan memperoleh 40 undi kerana setiap bukti pembelian RM25 (4 Pek) atau dengan gandaan RM25 akan mendapat tambahan 40 undi.

Selain itu, undian TIDAK SAH jika,

  • Bukti pembelian daripada laman lain selain Mamee London Roll.
  • Bukan pembelian dalam talian.
  • Order ID tidak sah/ralat.

Setiap bukti pembelian akan melalui proses verifikasi oleh pihak Mamee London Roll dan Vokal Mania. Setelah bukti pembelian telah disahkan, undian tambahan akan ditambah kepada Rookie pilihan yang tertera di dalam borang yang dihantar.

KENALI ROOKIE #VOKALMANIA

KENALI IDOL #VOKALMANIA

Aina Abdul

Indah Ruhaila

Tomok

Lan Solo

Lan Solo

- Menceburi bidang seni tanahair sejak tahun 1999.

- Merupakan vokalis kumpulan Kristal dari tahun 1999 - 2017 sebelum bergerak solo.

- Pernah memenangi pelbagai anugerah muzik ketika bersama kumpulan Kristal.

- Merupakan salah seorang pemenang dalam sebuah program realiti pada tahun 2017.

Tomok

- Menceburi bidang seni tanahair sejak tahun 1999.

- Merupakan finalis Anugerah Juara Lagu ke-24 (2010) menerusi lagu Rindu Terhenti dan Anugerah Juara Lagu ke-25 (2011) menerusi lagu Berlari.

- Pernah tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Populang BH ke-30 (2017).

- Merupakan juara program realiti One In A Million musim ke-3 (2009) di 8TV.

- Merupakan juara program realiti Versus musim ke-2 (2013) di TV9 bersama kumpulan Manifesto.

- Pernah menjuarai program realiti Pop Krew (2014) di TV9 selaku jurulatih bagi kumpulan Novemboys yang turut dianggotai oleh Haqiem Rusli.

- Merupakan salah seorang Mentor dalam Mentor Milenia (2017) di TV3 dan memenangi tempat ketiga bersama Protege, Along.

Indah Ruhaila

- Menceburi bidang seni tanahair sejak tahun 2009.

- Merupakan finalis Anugerah Juara Lagu ke-29 (2015) dengan lagu bertajuk Percayalah.

- Tercalon dalam Separuh Akhir Muzik Muzik ke-34 (2019) menerusi lagu bertajuk Pudar.

- Tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014.

Aina Abdul

- Menceburi bidang seni tanahair sejak tahun 2014.

- Merupakan finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (2020) dengan lagu bertajuk Sumpah.

- Tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (2020).

- Tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (2019).

- Pernah memenangi tempat kedua dalam program Mentor Legend (2014) di TV3 dan merupakan Protege kepada Ella selaku Mentor.

- Pernah dinobat sebagai Senior Grand Champion Vocalist of The World di World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Los Angeles pada tahun 2014.

HOS #VOKALMANIA

JURI TETAP #VOKALMANIA

UNDI ROOKIE PILIHAN

Undian anda akan menentukan Rookie Pilihan untuk ke peringkat Separuh Akhir Vokal Mania! Kuasa di tangan anda. Undi sekarang!

TERMA & SYARAT

01

Undian untuk Rookie Star Award hanya dibuka pada episod Rookie tersebut bertanding bermula pada jam 9:00 malam hingga 10:15 malam (setiap Sabtu, dari 24 Oktober hingga 5 Disember 2020).

02

Undian untuk Rookie pilihan anda ke peringkat separuh akhir bermula dari Rabu, 14 Oktober 2020, 10:30 malam sehingga Sabtu, 12 Disember, 8:00 malam.

03

Setiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.

04

Setiap pengguna boleh menambah 10 undian lagi sehari bagi setiap alat peranti melalui perkongsian laman web undian di salah satu media sosial yang tertera - Facebook, Twitter atau WhatsApp.

05

Jumlah undian maksimum bagi setiap alat peranti adalah terhad kepada 20 undian sehari (bagi pengguna yang berkongsi laman web undian).

06

Keputusan undian adalah muktamad.

EPISOD PENUH

KOLEKSI VIDEO

MINGGU 4

MINGGU 3

MINGGU 2

MINGGU 1

JOM KENAL

SONG COVER ROOKIE VOKAL MANIA

VIDEO UJI BAKAT

CARTA TERKINI ROOKIE

Carta ini menunjukkan kedudukan terkini 24 penyanyi Rookie setiap minggu.

*Markah Rookie dikemaskini setiap hari pada 10:00 PAGI

CARTA TERKINI IDOL

Carta ini menunjukkan kedudukan terkini 4 penyanyi Idol setiap minggu.

1

Aina Abdul

2

Lan Solo

3

Tomok

4

Indah Ruhaila

UNDIAN EKSTRA MELALUI PEMBELIAN MAMEE LONDON ROLL

Eksklusif untuk penonton #VokalMania. Beli & Undi untuk Rookie pilihan anda!

Beli produk Mamee London Roll di Shopee dengan harga minima RM25 setiap resit untuk 40 undian tambahan.

Pek Kombo #VokalMania: Mamee London Roll (4 Perisa)

Bundle A

BUNDLE A

Double Choc x 1

Strawberry x 1

Coconut x 1

Milk x 1

Bundle B

BUNDLE B

Choco x 1

Strawberry x 1

Coconut x 1

Milk x 1

Bundle C

BUNDLE C

Double Choc x 1

Strawberry x 1

Coconut x 1

Vanilla x 1

Bundle D

BUNDLE D

Choco x 1

Strawberry x 1

Coconut x 1

Vanilla x 1

Pilih Pek Kombo daripada 4 pilihan edisi terhad Vokal Mania: Mamee London Roll

RM25 / Pek Kombo = 40 UNDIAN

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

HANTAR UNDIAN (MELALUI PEMBELIAN MAMEE LONDON ROLL)

Isikan butiran pembelian produk Mamee London Roll untuk memberikan undian kepada Rookie pilihan anda (tertakluk kepada Terma dan Syarat ).

Saya setuju Terma & Syarat berikut

CARA MENGUNDI

Langkah

01

  • Pilih Pek Kombo Vokal Mania: Mamee London Roll yang tersenarai di Rangkaian Produk.

Langkah

02

  • Beli Pek Kombo Vokal Mania: Mamee Landon Roll dan lakukan transaksi. (Minima RM25 setiap resit).

Langkah

03

  • Kembali ke laman Vokal Mania dan isi butiran peribadi dan bukti pembayaran.

Langkah

04

  • Pastikan butiran peribadi diisi dengan lengkap, masukkan Order ID yang sah dan pilih Rookie pilihan yang akan mendapat undian ekstra anda. Pihak Vokal Mania akan melakukan verifikasi pembelian.

Langkah

05

  • E-mel notifikasi akan dihantar dalam tempoh 10 sehingga 14 hari berkerja untuk memaklumkan undian anda berjaya.