Euforia Bola 2026
Ijab & Kabul By: tex_admin August 29, 2019 @ 2:27pm

W.A.F X Mariott Tampil dengan Koleksi Rekaan Mewah Buat Bakal Pengantin

W.A.F (Wedding Arts Fashion) dengan kolaborasi Mariott tampil dengan koleksi rekaan mewah busana pengantin, koleksi eksklusif dari Lusan Mandongus dan Estee.

Mariott membawakan koleksi rekaan pengantin terkemuka daripada pelbagai jenama mewah antarabangsa, yang dibawa khas oleh The Proposal; Singapore dan Designer Bridal Room; Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen koleksi pengantin lelaki turut ditampilkan melalui jenama terkenal seperti  Sacoor Brothers, The Gentleman’s Club dan The Glenlivet. 

Mariott x W.A.F 2019 mengumpulkan lebih daripada 50 vendor, terdiri daripada perancang perkahwinan dan pereka hias. Tarikan utama W.A.F x Marriot turut menonjolkan pertujukan seni dan fotografi, kek, deko hiasan perkahwinan dan buat julung kalinya, menampilkan jurugambar perkahwinan terkenal iaitu Terralogical daripada Indonesia, Metrophoto daripada Filipina dan jurugambar terkenal dari Singapura, Brian Ho. 

Buat bakal pengantin yang mengimpikan lokasi perkahwinan idaman, Marriott International membawakan 19 buah hotel dan resort dari seluruh Malaysia. Antara lokasi terkemuka adalah hotel cawangan Marriott di Kuala Lumpur, lima buah resort di Pulau Langkawi, dua buah resort beserta panorama laut membiru di Kota Kinabalu dan sebuah resort di Desaru, Johor Bharu. Selain itu, tetamu juga dapat memilih lokasi perkahwinan di hotel lain seperti Aloft Hotels, Le Méridien, Sheraton, JW Marriott, St. Regis dan W Hotels. 

“Kami lebih mementingkan nilai perkahwinan itu sendiri daripada majlis perkahwinan”,

ujar Elaine Daily, pengarah dan CEO FunkyDaily. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023
Ijab & Kabul Wed, 29 May 2024

Tanyalah Ustaz: Akad 40 Nikahkan 20 Pasangan Di Masjid Wilayah Persekutuan

Tanyalah Ustaz: Akad 40 menyatukan 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan sempena ulang tahun TV3 ke-40 dengan bertemakan ‘Inspirasi Generasi’ ahad lalu bertempat, di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bermula jam 9 […]

Events Mon, 8 May 2023

Komen Status IG Watie, Netizen Bitter Dengan Shuib

Ada juga yang tak puas hati?? Korang ni🙃

Hiburan Sat, 10 Jun 2023

Teka-Teki Terjawab! Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann

Alhamdulillah akhirnya… Congrats Janna & Dini!

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Featured Mon, 8 Jan 2024

[VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Aww, sukanya tengok bila Anisha senyum dekat Putera Mateen dan bakal MIL🥰🥰🥰

error: Content is protected !!