Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom May 3, 2018 @ 9:00am

Wahai Wanita, Jangan Jadi 6 Wanita Jenis Ini Jika Mahu Lelaki Kahwini Anda

Tiada insan yang sempurna di muka bumi ini. Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan. Jika punya kekurangan, bersama cuba perbaiki kelemahan yang ada. Pesan Rasulullah SAW untuk kaum lelaki, “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, mamanah dan hananah; jangan engkau kahwini yang hadaqah, basaqah dan syadaqah.”

1. Wanita ananah

Wanita yang banyak mengkritik itu dan ini. Apa jua yang diberikan atau dilakukan suami untuk rumah tangga, semuanya tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita mamanah

Wanita sebegini yang menidakkan usaha-usaha dan jasa suami, sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi serta bergaji besar.

Foto : entrepreneur

3. Wanita hananah

Menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lalu dan wanita ini biasanya berangan mendapatkan suami lebih baik berbanding sedia ada. Dalam erti kata lain, wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Mereka yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya sekarang.

4. Wanita hadaqah

Dia selalu melemparkan pandangan dan matanya kepada sesuatu, lalu meluahkan keinginan untuk memiliki barang itu dan seterusnya memaksa suami untuk membeli. Selain itu, wanita jenis ini suka mengikut nafsu dan memeningkan kepala lelaki. Dia gemar membandingkan dirinya dengan orang lain serta suka menunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suaminya yang dahulu kacak berubah menjadi ‘botak’.

Foto: OMG Story

5. Wanita basaqah

Basaqah memiliki dua makna, yang pertama wanita basaqah suka bersolek dan menghias diri. Dia berhias bukan untuk suami sebaliknya lebih kepada menunjuk kepada orang lain. Wangnya dihabiskan untuk membeli alat solek, kasut dan barang kemas. Wanita jenis ini juga suka dipuji. Sekiranya dia menjadi isteri orang ternama dan menjadi ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasinya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita syadaqah

Banyak cakap dan becok. Ia menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya menjadi tukang sibuk dan kuat mengkritik sahaja.

Foto : Getty Images

Sumber : Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 12 Nov 2019

Bayi pun tertarik pada yang cantik dan tampan, tapi kenapa ya?

Sama seperti orang dewasa, si kecil pun memilih!

familuv Tue, 6 Nov 2018
familuv Mon, 14 Jan 2019

Want your kids to love vegetables? Try serving it with some dipping sauce

Research says kids are most likely to eat vegetables when paired with dips.

familuv Fri, 16 Nov 2018
familuv Tue, 2 Apr 2019

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Omega 3 dan omega-6 dikatakan menjadi punca gangguan ADHD kepada bayi

familuv Fri, 26 Jul 2019
familuv Tue, 17 Jul 2018

Karakter Dominan Isteri Bikin Suami Kecut Perut

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri.

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

familuv Thu, 16 Aug 2018

Elak Tersilap Dos, Ini Tip Yang Betul Untuk Beri Ubat Kepada Kanak-Kanak

Jika anda tersalah memberi dos ubat ia boleh mengancam nyawa si manja.

error: Content is protected !!