Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 2, 2022 @ 1:19pm

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni.

Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan Mercedes-Benz CLA180.

Kereta mewah berwarna putih itu dianggarkan berharga lebih RM190,000.

“Self reward for 2022”

View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Melalui hantaran Instagram itu, Wani memberitahu hadiah itu adalah hasil usahanya sendiri dalam bekerja.

“Hasil titik peluh kerja pergi balik pagi, back to back kerja sampai sakit,” tulis Wani

Pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang turut meluahkan rasa kesyukurannya atas kurniaan yang diberikan kerana dia sudah lama mahu memiliki kereta sendiri untuk melakukan urusan harian.

Dia turut berharap agar hadiah yang dia berikan kepada dirinya mampu membuatkan dirinya lebih kuat untuk terus berusaha bekerja dengan lebih baik.

Wani meluahkan rasa berterima kasihnya kepada peminat yang menyokong dan mendoakannya.

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselitnya doa-doa dari anda semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian,” tulis Wani.

Kegembiraannya turut dirasai oleh rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah buatnya di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 May 2018

Pemilihan Makanan Dan Produk Bebas Kimia, Rahsia Amalan Kecantikan Wanita Timur Tengah

Meskipun keadaan cuaca negara Timur Tengah bersuhu panas, namun ia sedikitpun tidak menghalang mereka menjaga kecantikan diri.

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

DJ Sonic Sebak Anak Kecil Kejar, Peluk Kaki Selepas Dibelanja Belon – “Air Mata Aku Terus Gugur”

DJ Sonic, berkongsi detik menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak memeluk kakinya selepas dia membelikan belon yang diinginkan anak kecil itu

Featured Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Featured Sun, 20 Nov 2022
Trending Sun, 24 Sep 2023
error: Content is protected !!