Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida August 1, 2018 @ 2:10pm

No Problem! Ulang ‘Mantera’ Ini Ketika Berdepan Masalah

No Problem! Jika anda perasan, watak Lum dalam Pulang berulang kali menyebut ayat yang sama kepada Othman.

Percaya tak, karakter Lum bakal ‘mencengkam’ fikiran sesiapa pun usai menonton filem ini. Sehinggakan sesiapa yang keluar daripada pawagam pasti akan bertanya, ‘ Psst, siapa pegang watak Lum tadi tu eh?,’

 

Please enable Javascript to watch this video

Berjaya menghidupkan Pulang dengan kesedihan, Lum juga membawa karakter komedi cukup bersahaja sehinggakan penonton lupa bahawa mereka sedang menonton naskah yang ‘berat’. 

Sebenarnya, watak Lum banyak mengajar penonton agar terus melangkah ke depan walaupun berdepan situasi sukar.

Ingat, sesiapa pun di dunia ini tidak terlepas daripada masalah tersendiri, bezanya… cara kita mengatasinya sahaja!

Nah, kami kongsikan beberapa tips ketika berdepan dengan masalah;

1. Jangan Over Thinking. Usahlah kamu terlalu berfikir kerana percayalah lebih banyak masalah yang akan datang. Fokus akan menjadi sempit. Kami ulang, Jangan terlalu berfikir!

2. Sederhana Dalam Semua Perkara. Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, ‘ Telah binasa orang berlebih-lebihan’. Sederhana dalam semua hal menjauhkan kita dari hal rumit.

3. Fokus Kepada Penyelesaian. Ini penting, fokus mencari solusi bukan masalah. Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.

4. Masalah Adalah Peluang. Jangan anggap ia datang dalam bentuk negatif. Hadapi secara tenang dan jangan ragu dengan bantuan Allah SWT. Masalah akan mengajar kita menjadi lebih matang, berfikirlah secara tenang.

5. Ubah Cara Berfikir. Lihat setiap sudut dalam sudut baru. Pendekatan baru akan menghasilkan solusi segar dan terbaik. 

Pulang turut dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaluddin Hassan, Juliana Evans dan ramai lagi. Tengok okay! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 11 Jun 2020
Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023

Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

InsyaAllah, mana tahu buka pintu hati CR7 satu hari nanti

Featured Thu, 24 Jun 2021

“Doakan Yang Terbaik..”- Aprena Manrose Enggan Ulas Isu Tampil Berhijab

Pelakon Aprena Manrose menjelaskan dirinya tidak ingin membuat sebarang pengumuman berikutan isu dilihat tampil mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini. Aprena ketika ditemui di sidang media Drama Akasia Hatimu Sedingin Salju enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai […]

Featured Wed, 25 Aug 2021

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia. Menerusi temubual di […]

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Al-fatihah.. Salam takziah Ubai sekeluarga 🥹

error: Content is protected !!