Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 28, 2022 @ 9:30am

#WhazzupNetizen: MV Raya Aliff Syukri Unsur LGBT, Tiket Konsert Aina Abdul Saing Justin Bieber, Kematian Nagaenthran Seakan Tiada Kemanusiaan & Rakyat Gembira Pemansuhan Imbas MySejahtera

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai empat topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. MV Raya Aliff Syukri Didakwa Berunsur LGBT

Kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang kerap kali tampil dengan isu kontroversi.

Kali ini, Aliff Syukri mengeluarkan lagu raya terbaru berjudul ‘Kelepok Raya’ telah menerima tohmahan teruk oleh rata-rata netizen.

Ramai dalam kalangan netizen yang mempertikaikan tindakan Aliff Syukri yang dianggap tidak menghormati bulan Ramadan kerana menonjolkan babak-babak sensitif seperti mempromosikan golongan LGBT.

Malah, isu panas yang melanda Aliff Syukri turut mendapat perhatian JAKIM, YADIM, Menteri Hal Ehwal Negari dan juga SKMM yang turut menentang musik video lagu berkenaan dianggap mencemarkan imej agama Islam.

Tinjauan di ruangan media sosial Twitter mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap usahawan berkenaan atas tindakannya yang dikatakan terlalu melampau.

2. Tiket Konsert Aina Abdul Mahal & Didakwa Saing Justin Bieber

Penyanyi terkenal, Aina Abdul bakal membuat konsert ‘A Night with Aina Abdul 2.0’ di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun tahun ini.

Perkongsian Aina mengenai konsertnya itu telah mengundang amarah segelintir pihak yang mendakwa penjualan tiket konsert Aina terlalu mahal untuk dibeli oleh peminatnya yang rata-rata dalam lingkungan B40.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang mempertikaikan mengapa harga tiket di tempat duduk paling atas iaitu Grand Upper Circle, RM109 mempunyai perbezaan yang ketara dengan tempat duduk tengah, Grand Circle, RM499.

Harga perbezaan dua tempat duduk tersebut berjumlah RM390.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah mengenai harga jualan tiketnya yang terlalu mahal sehingga boleh dikatakan saing-saing dengan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.

Bagaimanapun, ramai juga dalam kalangan peminat Aina yang memahami mengapa harga tiket Aina mahal. Menurut mereka, Aina sering bergerak solo dalam menguruskan karier seninya justeru wajar jika pihak pengurusan Aina meletakkan harga sedemikian.

3. Kematian Warga Malaysia Dihukum Gantung Meruntun Jiwa

Seorang warga Orang Kurang Upaya (OKU) rakyat Malaysia bernama Nagaenthran K Dharmalingan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 27 April ini atas sabit kesalahan menyeludup dadah ke negara Singapura.

Nagaenthran yang kini berusia 34 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Singapura 13 tahun lalu pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun atas kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 42.72 gram di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Mahkamah Singapura menolak hujah yang dikemukakan oleh peguam tertuduh bahawa dia harus dikecualikan kerana kurang upaya dan mengalami sakit mental.

Tambah peguamnnya, tertuduh mengalami kecacatan intelek ringan kerana IQnya difahamkan lebih rendah daripada purata iaitu 69.

Malah, nama Nagaenthran trending di media sosial Twitter dimana rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpanya.

Ada juga dalam kalangan mereka yang mendakwa pengurusan mahkamah Singapura membuat tindakan yang keterlaluan dan seakan tiada belas kasihan terhadap mangsa, kerana dia hanyalah seorang OKU.

Mayat Nagaenthran akan di bawa ke Ipoh. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

4. Rakyat Malaysia Gembira Imbasan Kod MySejahtera Dihapuskan

Pengumuman operasi standard prosedur (SOP) terbaru yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaludin mengenai pelupusan imbasan kod MySejahtera di semua premis menerima maklum balas yang sangat baik daripada wargamaya.

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, Ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi.

Tinjauan di ruangan media sosial Twitter mendapati ramai dalam kalangan wargamaya menyokong pembaharuan SOP terkini lebih-lebih lagi mengenai pemansuhan imbasan kod MySejahtera.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan mereka yang menyatakan rasa bimbang dan kerisauan jika ada segelintir individu yang positif bertindak masuk ke dalam premis dan tidak diperiksa oleh pemilik kedai akan mengeruhkan keadaan.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Jun 2022

[VIDEO] “Nampak Pondan Sikit Terus Ketawa…” – Solat Di Surau, Lelaki Lembut Terkilan Kena Ejek

Sepatutnya kita kena bagi sokongan dekat mereka bukannya perlekeh usaha mereka nak beribadah 😑 Apapun teruskan beristiqamah…

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

‘ODE TO SPRING’ KEITH KEE INSPIRASI CHEONGSAM MODEN

Tambah Keith, beliau lebih suka kepada lukisan klasik berbentuk burung-burung Cina yang tidak terlalu berat untuk diserapkan ke dalam setiap rekaannya

Featured Wed, 3 Feb 2021

Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Letak Jawatan Sebagai KP Kesihatan

Semoga barisan hadapan terus diberi kekuatan walau badai melanda

Trending Wed, 20 Nov 2019

Betul Ke Penyokong Indonesia Ditahan ‘Orang Malaysia’ Dalam Stadium

betul atau tidak kena tunggu update terkini di medial sosial platform

Trending Tue, 13 Feb 2018

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera.

error: Content is protected !!