Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 25, 2018 @ 1:27pm

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Mendengar intro lagu ini saja memang akan membuatkan kita tiba-tiba bersemangat. Bila masuk part ‘ Oh baby, baby’, memang rasa macam nak terus bangun menari! 

Kegilaan remaja terhadap lagu Baby One More Time nyanyian Britney Spears memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Tarikh 24 Oktober pada tahun 1998, lagu ini telah mengubah nasib penyanyi Britney Spears. 

Komposer lagu, Max Martin bukan saja mencuri perhatian pendengar dengan lagu ini sahaja malah pernah menghasilkan lagu-lagu untuk Backstreet Boys, Westlife and Robyn. 

Menerusi laman Twitter bintang berusia 37 tahun ini berkongsi kegembiraanya meraikan 20 tahun lagu yang cukup berhantu ini.

“Sukar untuk saya luahkan dengan kata-kata betapa istimewanya hari ini kerana 20 tahun lalu dunia mendengarkan muzik saya untuk kali pertama.

“Banyak hal yang terjadi selepas pelancaran lagu itu namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong,” tulisnya yang berkongsi di balik tabir muzik video ‘ Baby One More Time’.

Dalam satu kenyataan Britney kepada The Guardian, lirik lagu ini sebenarnya mengisahkan tekanan dalam diri yang perlu dilalui setiap remaja.

Baby One More dihasilkan ketika usia Britney baru sahaja menginjak usia 17 tahun ketika itu. Untuk rekod, lagu Baby One More Time terjual sebanyak 10 juta unit manakala album ini turut diiktiraf sebagai album terlaris di dunia. You memang hebat, Britney! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

Hiburan Thu, 26 May 2022
Featured Thu, 30 Dec 2021

“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu. Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di […]

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Baik Sangat Walau Orang Kata Macam Mafia”- Ebit Lew Kongsi Pengalaman Jumpa Ketua Kawasan Bahaya di Sao Paolo Brazil

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) bersama pasukannya kini sedang mengembara di Brazil untuk memberikan bantuan dan melawat tempat-tempat di sana. Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini, UEL bersama pasukan sudah berada di negara […]

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Mon, 21 Jul 2025

Dilabel Baran, Netizen Backup Izara Aishah -“Dia Bukan People Pleaser, Dia Realistik!”

Izaea digelar garang gara-gara bertidak meninggikan suara ketiak sesi live di TikTok.

error: Content is protected !!