Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin May 24, 2018 @ 4:00pm

Wow! Koleksi Lebaran 2018 Oleh Selebriti-Selebriti Malaysia Ini Memang Memukau

Kalau kita lihat, ramai selebriti di Malaysia ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ada yang jual minyak wangi, baju, hijab, produk kecantikan dan banyak lagi. Ia seakan menjadi trend selebriti ini untuk memiliki jenama tersendiri.

Sempena dengan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, mereka juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan koleksi baju Raya. Yang pasti, setiap selebriti mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Ini lah masanya untuk para peminat bergaya di pagi Raya dengan koleksi lebaran daripada selebriti kesayangan mereka.

Jom kita semak antara selebriti yang mengeluarkan koleksi lebaran untuk tahun ini. 

1. Fazura – Kerlipan Lebaran 2018

Pasti anda sudah tahu yang jenama Fazbulous adalah milik selebriti jelita ini. Setiap kali koleksi lebarannya dikeluarkan, ia pasti akan mendapat sambutan yang luar biasa. Fazura juga berkolaberasi mengeluarkan koleksi lebaran bersama Starvilion. 

Foto: Instagram Fazbulous

Foto: Instagram Fazbulous

2. Elizad Sharifuddin – Awan KL by Elizad

Pelakon yang terkenal dengan kehebatan dalam menjiwai apa jua watak ini juga telah mengeluarkan koleksi lebaran buat julung kalinya pada tahun ini. ‘Awan KL’ adalah jenama yang menampilkan koleksi yang cukup cantik dan anggun.

Foto: Awan KL

Foto: Awan KL

3. Fattah Amin – Far8 x Fattah Amin

Hero ini memang semakin popular setelah dia mendirikan rumahtangga bersama Fazura. Memang ramai yang meminati pasangan romantis ini. Fattah juga mengeluarkan koleksi lebaran pada tahun ini dengan kerjasama jenama Altelia Amani dan Starvilion.

Foto: Starvilion

Foto: Starvilion

4. Dato’ Seri Siti Nurhaliza – Creacion by Siti Nurhaliza

Setiap kali musim perayaan Aidilfitri, koleksi daripada penyanyi terkenal No.1 Malaysia ini pasti ditunggu-tunggu oleh semua wanita. Dia tampil dengan koleksi yang eksklusif tetapi harganya amat berpatutan. Koleksi ‘Blossom Raya 2018’ ini boleh didapati di semua cawangan butik Creacion by Siti Nurhaliza.

Foto: Instagram Creacion by Siti Nurhaliza

Foto: Instagram Creacion by Siti Nurhaliza

5. Emma Maembong – Emma RTW

Pelakon cantik manis ini juga tampil mengeluarkan koleksi lebaran yang lebih kepada koleksi jubah dan dress. Tahun ini, beberapa koleksinya menggunakan material lace yang pasti memukau apabila digayakan pada pagi Syawal.

Foto: Instagram Emma RTW

Foto: Instagram Emma RTW

6. Remy Ishak – Remy Ishak for Starvilion

Hero Malaya yang sentiasa diminati oleh gadis-gadis ini juga mengeluarkan keluaran baju melayu untuk lebaran 2018. Koleksi yang berkolaborasi dengan hub fesyen Starvilion menampilkan koleksi baju melayu yang boleh didapati dalam pelbagai warna.

Foto: Starvilion

Foto: Starvilion

Jadi, kalau anda nak cantik dan hensem seperti selebriti ini bolehlah dapatkan koleksi mereka. Pasti pagi Raya anda akan lebih awesome!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Kekal elegan dengan kasut ‘streetwear’ Court Slam

Oh Lawa Mon, 22 Jul 2019

Tous luaskan pengaruh di Asia menerusi kerjasama Habib Group

Jenama pengeluar barang kemas ini berasal dari Sepanyol.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Tutorial Hijab by Nabila Razali

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali berkongsi tutorial pemakaian tudung bawal yang dievolusikan menjadi gaya shawl. 

Featured Wed, 26 Sep 2018
Oh Lawa Thu, 22 Nov 2018
Featured Fri, 22 Mar 2019

Ingin membeli barang kemas pada harga mampu milik? Nazrin Jewellery ada jawapannya

Dapatkan pelbagai rekaan aksesori emas pada harga murah

Featured Wed, 24 Jul 2019

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Yang terakhir paling tak sangka!

Oh Lawa Mon, 25 Jun 2018
error: Content is protected !!