Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 5:50pm

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan telah mengambil alih kedudukan mereka baru-baru ini.

Perkara itu telah dilaporkan oleh Quartz Media di mana Samsung telah menguasai 29% daripada keseluruhan pasaran untuk suku kedua tahun ini, manakala Xiaomi hanya menguasai 28% sahaja. Kajian pasaran ini dibuat untuk setiap suku tahunan oleh Counterpoint Research.

Bagaimanapun, peranti keluaran Xiaomi, Redmi 5A dan Redmi Note 5 Pro masih lagi muncul sebagai peranti paling popular di negara berkenaan. Samsung Galaxy J6 pula menduduki tempat ketiga, mengatasi Redmi Note 5 dan Vivo Y71 di tempat keempat dan kelima.

Perkara ini semestinya merupakan satu berita baik bagi pihak Samsung. Ini kerana Samsung kini sedang dalam proses untuk memperluaskan seterusnya menguasai pasaran kedua terbesar bagi industri telefon pintar tersebut.

Akan tetapi, memandangkan beza peratusan yang sangat kecil di antara kedua-dua syarikat, Samsung menegaskan mereka akan terus berusaha dari segi pemasaran dan pengeluaran supaya dapat terus memegang status berkenaan. Untuk makluman anda, Vivo(12%), Oppo(10%) dan Honor(3%) menyempurnakan senarai lima syarikat pengeluar paling popular di India.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Featured Tue, 5 Sep 2023
TECH Wed, 25 Jul 2018

Batal Kerjasama Antara TM Dan TNB Boleh Elak Monopoli Dalam Industri

Tempoh hari kita dikejutkan dengan berita pembatalan kerjasama yang telah terjalin antara Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. Pengumuman yang tertera pada laman Bursa Malaysia itu menyatakan pembatalan dibuat adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak tetapi […]

Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Featured Tue, 16 Jun 2026

Isteri Aliff Syukri Naik Hantu, Dedah Dark Side Live Host ‘Main Tipu’ – “Kenapa Nak Kena Buat Perangai Sampah!”

Datin Seri Nur Shahidah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pengacara siaran langsung (live host) yang didakwa menipu sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ferrari Aliff Syukri Dijilat Api?

Dalam masa sama, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik status yang menggambarkan kereta berkenaan adalah miliknya.

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

“Saya Hilang Diri Sendiri, Segala Kontroversi Adalah Wake-Up Call…” – Ismail Izzani

Sabarlah Mael, inilah asam garam dalam dunia hiburan kann 😌

error: Content is protected !!