Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:15pm

Xiaomi Mi 8 Explorer Terima Kelulusan TENAA, Bakal Dilancarkan Ke Pasaran Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan ke pasaran kira-kira dua bulan yang lepas dan telah terjual lebih dari satu juta unit setakat hari ini. Ini dibantu oleh populariti Xiaomi sebagai pengeluar yang mampu menyediakan peranti dengan spesifikasi terkini tanpa perlu mengosongkan dompet pengguna.

Mi 8 Explorer Edition turut diperkenalkan dalam majlis yang sama, namun peranti ini masih lagi belum mula dijual sehingga hari ini. Namun, ia mungkin akan berubah tidak lama lagi selepas peranti ini telah menerima kelulusan dari pihak TENAA untuk mula dipasarkan.

Peranti ini telah muncul di laman TENAA menggunakan nombor model M1807E8S dengan keseluruhan spesifikasi dan reka bentuk peranti telah disenaraikan bersama. Menurut GizmoChina, model ini berkemungkinan besar akan mula dijual di pasaran China dalam bulan ini.

Apa yang menyebabkan peranti ini ditunggu-tunggu ialah reka bentuk panel belakang lutsinarnya. Ia akan menampakkan komponen dalaman peranti seperti cip pemprosesan Snapdragon dan bateri dengan rekaan tekstur Kevlar.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah komponen sebenar yang digunakan oleh Mi 8 Explorer ini. Ia hanyalah komponen palsu yang dipasang di atas papan induk peranti sahaja. Tetapi, bukan itu sahaja keistimewaan yang ada pada peranti ini.

Xiaomi turut menggunakan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin dan pengesan wajah 3D bagi sistem nyahkunci. Untuk pengetahuan, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition adalah merupakan peranti Android pertama yang mempunyai sistem pengesanan wajah sedemikian.

Antara spesifikasi lain peranti ini, ia akan hadir dengan skrin AMOLED 6.21 inci dengan rekaan FHD+ serta dikuasakan dengan bateri berkapasiti 2,900 mAh. Selain itu, peranti ini akan menggunakan cip Snapdragon 845, dwi-kamera utama 12MP+12MP dan kamera hadapan 20MP.

Kredit : Engadget

Ia juga mungkin akan dijalankan dengan antaramuka MIUI 10 berlandaskan Android 8.1 dan bakal hadir dengan tanda harga 3,699 Yuan(~RM 2,241) bagi variasi 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB. Xiaomi turut dilaporkan akan memperkenalkan dua variasi lain untuk peranti ini nanti.

Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Xiaomi dalam masa terdekat berkenaan perkara ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 28 Oct 2018

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Adakah pendrive anda dijangkiti oleh ‘virus shortcut’?Kami ada jalan penyelesaiannya.

TECH Thu, 20 Sep 2018

Cara Sembunyikan Foto Dan Video Pada Kiriman Whatsapp

Kami kongsikan cara mudah untuk menyembunyikan gambar dan video daripada aplikasi Whatsapp.

TECH Sun, 14 Oct 2018

童年回忆大爆发!Game Boy游戏机手表萌翻

虽然现在APP种类繁多又好玩,但总觉得不如童年那台Game boy?现在你可以大大重温一番了!

TECH Thu, 4 Jan 2018

Tips Memadam Gambar Yang Tidak Diingini (Junk File) Pada Whatsapp

Mematikan proses “Auto Download” berkemungkinan akan menyebabkan anda terlepas informasi terkini daripada ahli – ahli yang lain pada kumpulan Whatsapp.

Automobile Fri, 28 Sep 2018

Hand Brake 可能要消失了!

Hand Brake 可能要消失了!

TECH Thu, 27 Sep 2018

Cara Menghilangkan Iklan di Google Chrome Android Tanpa ‘Root’

Rasa rimas dengan iklan yang sering keluar apabila anda melayari laman web?Terdapat cara yang ingin kami kongsikan untuk anda menghalang ‘pop-up’ yang muncul pada kaca skrin anda.

TECH Sat, 9 Dec 2017

5 Tips Asas Gunakan Chrome Secara Selamat Daripada Jurutera Sekuriti Google

Google Chrome Adalah diantara yang paling mempunyai ramai pengguna. Justin Schuh yang merupakan seorang jurutera dari Google yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sekuriti telah berkongsi 5 tips berguna untuk para pengguna Chrome.

Automobile Wed, 14 Mar 2018

苹果无线充电底座终于要来了!

无线充电这项技术对于众多安卓手机来说已经不新鲜了,但是对于苹果手机用户来说,却是个「新技术」。对于不少手握iPhone 8、8 Plus以及X的用户来说,他们都在苦等苹果一样神器,那就是AirPower无线充电器,到底它会在何时上市开卖呢?

Automobile Mon, 14 May 2018

Fast Lane开太慢原来是会收到传票的!

爱在 Fast Lane 慢慢思考人生的朋友们,这篇文章是专为你们而写的!

TECH Mon, 3 Jun 2019

世界卫生组织正式将「游戏失调症」列为疾病!

沉迷电玩是精神疾病! 世界卫生组织正式将「游戏失调」纳为疾病类型。

error: Content is protected !!