Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:54am

Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm

Xiaomi baru-baru ini telah mengesahkan bahawa peranti naiktaraf bagi model Mi Max 3 akan diperkenalkan sebagai Mi Max 3 Pro. Bagaimanapun, mereka tidak memberi penjelasan lanjut berkenaan peranti tersebut semasa pengumuman itu.

Namun, menurut laporan terkini, Xiaomi Mi Max 3 Pro telah disenaraikan pada laman sesawang Qualcomm dimana ia dilaporkan akan menggunakan cip pemprosesan terkini syarikat berkenaan iaitu Snapdragon 710. Ia turut digunapakai oleh peranti Xiaomi Mi 8 SE sebelum ini.

Kredit : Playfuldroid

Selain daripada maklumat berkaitan sistem cip berkenaan, tiada maklumat lanjut tentang peranti Mi Max 3 Pro didedahkan pada penyeneraian tersebut. Menurut laporan, Mi Max 3 Pro akan mempunyai ciri yang hampir sama dengan model Mi Max 3.

Xiaomi Mi Max 3 hadir dengan skrin sebesar 6.9 inci serta bateri berkapasiti 5,500 mAh. Ia juga akan dijalankan dengan antaramuka MIUI 9.5 yang berlandaskan Android 8.1 Oreo serta dijana dengan memori 6GB RAM. Bagi cip pemprosesanpula, Mi Max 3 menggunapakai cip Snapdragon 636, lebih rendah berbanding Mi Max 3 Pro.

Ia sekaligus memberikan gambaran bahawa Mi Max 3 Pro akan dijual pada harga yang lebih tinggi daripada Mi Max 3. Mi Max 3 dijual pada harga 1,699 Yuan(~RM 1,014) bagi model 4GB + 64GB dan 1,999 Yuan(~RM 1,192).

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 2 May 2018

“Play on Spotify” Function Now Added to Insta-Stories

Music has just become more convenient for everyone.

TECH Tue, 14 Aug 2018

“Setting” Untuk Prestasi Terbaik Pada Windows 10

Cara memastikan laptop atau komputer anda dalam keadaan baik.Ternyata mudah dan senang.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Kemaskini Terbaru Aplikasi YouTube Dilengkapi Dengan Mod Incognito

Mod incognito cukup sinonim dengan pelayar internet Chrome, dimana ia digunakan ketika anda mahu “menyembunyikan” aktiviti anda dari dikesan pada log history. Melaluinya, pelayar internet tidak akan mengesan serta menyenaraikan laman web yang dilawati dan anda tidak perlu bersusah payah […]

TECH Tue, 3 Apr 2018

Kunci Windows Menggunakan Telefon Pintar

Windows 10 telah memperkenalkan satu kaedah unik untuk mengunci windows sekiranya pemiliknya beredar ataupun berjauhan Pada PC ketika sedang melakukan kerja. Maklumlah, risau juga untuk membiarkan windows yang tidak berkunci ditempat terbuka. Sistem ini dinamakan Dynamic […]

Automobile Fri, 16 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN!

Harga tersebut di atas  berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 15 Februari lalu sehingga 21 Februari 2018 jam 11.59 malam.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Khabar Angin Mengenai Cip Intel Core-i9 Yang Tertiris

Beberapa minggu lepas, Intel telah mengeluarkan beberapa dokumen di laman sesawang mereka yang merujuk kepada beberapa cip pemprosesan generasi ke-9 mereka. Antara yang disebut adalah cip 4 teras/ 4 bebenang Core i3-9000 dan 6 teras/ 6 bebenang Core i5-9600K. Yang menarik perhatian pula […]

TECH Tue, 19 Jun 2018

Kesan Lokasi Kereta Atau Motosikal Yang Dicuri

Kereta anda dicuri?Anda ingin mengesan kenderaan anda dimana?Cubalah info yang kami kongsikan ini.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 Sedia Dibeli Bermula Esok, Jumaat 6 Julai 2018

Sebut sahaja Nokia, mulalah fikiran melayang mengenangkan kisah silam menggunakan peranti dari jenama lagenda tersebut. Pelbagai nama jolokan diberi pada model-model keluaran syarikat yang berpengkalan di Finland itu. Sabun, sembilu, daun, dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada diantara […]

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Thu, 13 Jun 2019

踮脚也看不到?矮个子必备神器「望远型眼镜」秒获得身高180视野

相信许多个子不高的人都曾经遇到过这样的困扰:被前方的人头或物体挡住,没办法看到远方想看的目标……

error: Content is protected !!