Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 26, 2025 @ 6:14pm

XTRA XSTAR 2025: Dari ‘Fresh Talent’ Ke Influencer Popular, XTRA XSTAR Jadi Medan Bakat Luar Biasa!

Pertandingan pencarian bakat #xtraxstar2025 sememangnya menjadi medan tumpuan ramai bakat-bakat baharu yang menjadikan platform media sosial sebagai tempat menonjolkan bakat nyanyian mereka.

Kalau musim pertama #xtraxstar2024 dianggap sebagai ‘permulaan yang membara’, musim kedua ini pula menyaksikan perkembangan yang lebih meriah, sengit dan luar biasa.

Malah, kali ini penyertaan daripada pempengaruh popular membuatkan #xtraxstar2025 menjadi tumpuan berbanding musim pertama yang majoriti pesertanya terdiri daripada bakat baharu yang mahu mencuba nasib.

@ratufarahdiva agak2 leh duet dgn kak Misha Omar tak 🥰🥰😍🤲 harap ada rezeki aaminn #XTRAXSTAR2025 #alternaterecordsandtalents @xtra_my ♬ The Eye (STEM Piano) – Avalon Infinity

Dari segi kualiti persembahan pula, tahun 2024 berjaya mencungkil bakat ‘fresh talent’ meskipun ada di antara mereka yang sudah terbiasa dengan pelbagai pertandingan termasuklah mengadakan persembahan sama ada busking atau di majlis-majlis korporat.

@xtra_my Harini min nak belanja persembahan final showcase Xtra Xstar harituh😋 So korang yang tak sempat nak tengok, min payung khas untuk korang❤️ Tahniah @zahraalya #fyp #xtra #zahra #xtraxstar2024 #beritaditiktok #sembangentertaiment ♬ original sound – XTRA

 

@xtra_my Harini min nak belanja persembahan final showcase Xtra Xstar harituh😋 So korang yang tak sempat nak tengok, min payung khas untuk korang❤️ Tahniah @awazainal #fyp #xtra #awa #awazainal #xtraxstar2024 #beritaditiktok #sembangentertaiment ♬ original sound – XTRA

Namun, kali ini peserta kelihatan lebih berani, kreatif dan versatile. Malah, ada di antara mereka yang sudah mahir menggunakan beberapa alatan muzik selain memiliki vokal yang baik.

Bahkan, ada antara peserta Top 20 yang sudah biasa melakukan persembahan di khalayak.

Kesimpulannya, #xtraxstar2024 adalah fasa dimana kempen ini membuka jalan kepada lebih banyak ruang dan peluang kepada mereka yang mahu bergelar bintang.

Manakala #xtraxstar2025 pula adalah fasa dimana standard diberikan kepada peserta-pesertanya. Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang sudah mula tertunggu-tunggu siapakah bakal  juara untuk musim kali ini.

Sekadar info berkaitan #xtraxstar2025, bermula 23 September hingga 12 Oktober ini, undian peminat menjadi penentu siapakah yang bakal mara ke pentas showcase finale XTRA XSTAR 2025 yang berlangsung pada 31 Oktober depan.

Inilah masanya untuk anda menyokong dan memastikan peserta kegemaran anda terus melangkah lebih jauh dalam pertandingan ini.

Bukan sahaja bakal membawa pulang gelaran XSTAR 2025, malah pemenang juga akan ditawarkan kontrak rakaman serta pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents.

Lebih istimewa, juara turut dijanjikan liputan meluas di pelbagai platform XTRA dan Media Prima, termasuk peluang ditemu bual secara eksklusif dan tampil di rancangan-rancangan hiburan popular.

Setiap undi yang diberikan mampu membuka jalan untuk lahirnya bintang baharu industri muzik tempatan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dengan mengundi di www.xtra.com.my/xtraxstar.

Untuk info terkini pula, ikuti akaun rasmi @xtra_my di TikTok, Instagram, Facebook dan X.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 May 2021

“Fikir Dulu Sebelum Cakap..”- Persenda Pakaian Tradisi Orang Iban, Pasangan Durian Kimchi Mohon Maaf

Pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam Yunarae memohon maaf gara gara sebuah video yang tular baru baru ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh Ryzal, Ryzal menegur pakaian tradisi […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

Trending Hari Ini Thu, 21 May 2020

Tiada Lagi Rentas Negeri Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

kenderaan yang tertangkap ketika cuba rentas negeri akan dikenakan kompaun

Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025

Trending Mon, 24 May 2021
Featured Mon, 5 Nov 2018
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
error: Content is protected !!