Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 27, 2022 @ 3:18pm

“Yang Kau Menggelabah Kenapa…?” – Akui Tersinggung Dengan Komen Netizen, Nadiyah Shahab Tampil Bersuara Isu Anak

Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab mengakui sering mendapat komen daripada netizen yang bertanyakan soal cahaya mata.

Memetik laporan mStar, apabila dia memuat naik gambar bersama dengan kucing kesayangan pasti ada pengikut yang meninggalkan komen mengenai zuriat.

“Sebenarnya setiap kali saya memuat naik pasal kucing ada je orang kata kasihan dan mendoakan saya semoga cepat dapat anak.

“Kadang-kadang kelakar bila baca komen itu sebab saya memang sayang sangat kucing saya tapi kadang-kadang orang kata kasihan dekat kami, katanya mungkin sebab saya dan Ben obses dengan kucing jadi sebab tu tak boleh dapat anak,” katanya.

Menurutnya, dia masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk memikirkan tentang perkara tersebut.

Tambah Nadiyah, dia mengakui tersinggung dengan kata-kata netizen tapi dia memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

“Hari tu saya baru dapat komen bila saya post pasal anak kucing, ‘Dah lah tu post pasal anak kucing, buatlah anak’.

“Kadang-kadang cara mereka cakap buat saya tersinggung tapi saya okey. Kalau kami ada masa, kami akan buat.

“Kalau tuan punya diri tak menggelabah, yang kau menggelabah kenapa sebab aku tak ada anak lagi?,” ujarnya.

Untuk rekod, Nadiyah dan suami iaitu Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di Singapura.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Apr 2026

5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Zizi Kirana Syukur Urusan Cerai Selesai – “Terima Kasih Semua”

Status rumah tangga yang dibina selama lima tahun membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin akhirnya menemui titik noktah selepas kedua-duanya dilaporkan sah bercerai talak satu pada Khamis.

Featured Thu, 18 Jul 2024

“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Wah, tahniah! Tak sabar nak tahu jantina baby🥰😍

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Sat, 19 May 2018

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

Tahniah Megan Markle dan Putera Harry diatas perkahwinan.

Hiburan Sun, 26 May 2019

Susah Cari Pekerja, Azharina Rehat Berniaga Ayam Bakar

Azharina juga bercadang nak buka kafe sekiranya mendapat kakitangan yang cukup & mahir. Good luck Nina!

Featured Wed, 28 Sep 2022
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

陶喆&信 回馈广大歌迷!不计唱酬敲定1124槟城办粉丝见面会

「音乐教父」 陶喆及「摇滚巨人」信,两人信守他们对歌迷的承诺,确定于11月24日在槟城ASPEN Vision City的VTEC贸易展览中心举办粉丝见面会,两人不但不收任何唱酬,且全场入场免费。

Featured Sat, 9 Aug 2025

“Saya Sayang Mak Saya” – Shila Amzah Nafi Hubungan Kembali Dingin Dengan Ibu

Perkongsian podcast itu hanya sebagai pengajaran sahaja.

error: Content is protected !!