Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops June 12, 2018 @ 12:00pm

YB Nurul Izzah Kongsi Tip Untuk Ibu Bapa Supaya Hubungan Mereka Dengan Anak Lebih Erat

Walaupun dia sibuk menjalankan tugas sebagai seorang ahli politik, YB Nurul Izzah Anwar nampaknya tetap mementingkan hubungannya dengan keluarga tercinta.

Di akaun Instagramnya, ada pelbagai gambar Nurul Izzah bersama ahli keluarganya iaitu ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bapanya Datuk Seri Anuar Ibrahim, adik beradik dan paling penting, dua orang anaknya, Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.

Foto: Instagram Nurul Izzah

Anda mungkin tertanya-tanya, apa rahsia Nurul Izzah untuk mengekalkan hubungan yang erat dengan anak-anaknya itu padahal dia nampaknya sibuk sentiasa.

Hijab & Heels sempat menemubual ikon wanita ini dan inilah parenting tips yang dikongsikan:

“Pada pendapat saya, ibu bapa sentiasa harus berlaku adil dan telus dengan anak mereka,” kata Nurul Izzah.

“Untuk mewujudkan connection dengan anak, anda perlu berkongsi dengan mereka apa yang berlaku dalam hidup anda dan bagaimana ia memberi impak terhadap diri anda.

“Selepas saya mula berkongsi dengan Safiyah dan Harith, Safiyah berkata, ‘Okay, Mama, saya rasa Mama adalah seorang ahli politik yang baik. Saya rasa Mama patut menangi pilihanraya ini.’”

Foto: Instagram Nurul Izzah

“(Mendapat pengiktirafan sebegini dari anak saya) memang bermakna. Itu sebabnya saya rasa menjadikan mereka sebahagian daripada hidup anda amatlah penting.”

Nurul Izzah juga pesan supaya ibu bapa tidak menganggap yang anak mereka hanyalah budak kecil yang terlalu muda untuk memahami selok-belok kerjaya mereka.

“Jika anda berkongsi, anda membuka ruang untuk anak anda menjadi lebih rapat dengan anda. Dengan ini, anda akan menjadi lebih present di dalam hidup mereka daripada sekadar ada di samping mereka tapi anda tak pun connect dari hati ke hati.”

Ha, anda faham apa yang perlu dibuat? Ikuti pesan Nurul Izzah, ya. Penting!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Sep 2021

Penerima BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Terima Bayaran Terus Mulai Selasa Ini

Penerima BPR fasa 3 dan pemohon rayuan BPR bakal menerima pembayaran kredit secara terus ke akaun masing masing mulai Selasa ini. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai […]

Featured Mon, 4 Sep 2023

Hilang 6 Sekeluarga Dalam Sekelip Mata, Tiz Zaqyah Syukur Niat Melawat Abdur Rahman Tercapai

Allahuakbar 🥹 Kuatnya semangat adik Abdur Rahman ni 🥹 Terbaik Tiz! Semoga segala urusan akan dipermudahkan untuk adik Rahman

Featured Tue, 23 Nov 2021

Cool! Peminat Hanya Duduk Dalam Kereta, Ariel Noah Berkasut Roda Sambil Menyanyi Di Konsert Drive-In

Peminat kumpulan Noah akhirnya dapat menonton persembahan dari kumpulan itu secara langsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta dengan hanya duduk di dalam kereta pada Sabtu yang lalu. Konsert yang diberi nama Danamon New Live Experience Vol. […]

Featured Mon, 4 Sep 2023
Featured Tue, 22 Apr 2025

Karya Paling Laris! Blood Brothers Raih Kutipan RM45.7 Juta Setakat 11 Hari Tayangan

Filem aksi ikonik itu turut menduduki carta lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi

error: Content is protected !!