Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 20, 2020 @ 10:47am

‘Yonny’ Album E.P Karya Agung Paling Ditunggu-tunggu

Penyanyi emo-rap popular Yonnyboii melakar sejarah tersendiri apabila tampil dengan sebuah album E.P. yang cukup istimewa berjudul ‘Yonny’.

Menampilkan 9 buah lagu dan padat dengan lontaran vokal penuh emosi ini pastinya dapat mengubat rindu peminat Yonniboii.

Mencatatkan pencapaian sejarah industri hiburan sebagai lagu paling banyak dimainkan menerusi pelantar digital.

Malah, kemunculan album E.P ‘Yonny’ sekali lagi memukau peminat industri hiburan tanahair kerana single SALAHKU yang diterbitkan kurang beberapa bulan yang lalu telah mendapat tontonan lebih tiga juta tontonan di Youtube.

Tambahnya lagi, album E.P ini juga turut bekerjasama dengan penerbit-penerbit profesional seperti Adam E, Freddie Laut,  zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfie menjadi tunjang kepada pembikinan lagu-lagu seperti Salahku, Salahku 3.0, Pelikk, Bayang, Hidup Giler, Sheenta, Sheenta With Shee, Boleh Bla dan Aku Itu Aku.

Dan sebanyak 80 peratus lagu-lagu dalam album E.P ini merupakan lagu-lagu yang pernah dirakamkan namun digubah semula dengan sentuhan penambahbaikan kualiti rakaman luar biasa.

” Terus-terang saya nyatakan kalau boleh saya nak buat semuanya sendiri, susah sebenarnya sebelum ini kerja-kerja seni saya dapat sentuhan orang lain. Namun selepas pengalaman kejayaan lalu, serta kualiti yang ada pada produser-produser ini menepati kehendak saya, saya rasa tidak salah untuk membina keyakinan dan mencipta semula kejayaan seperti sebelumnya,” katanya.

Tampil sisi lain Yonnyboii

Kemunculan album E.P Yonnyboii menampilkan sisi lain penyanyi kelahiran negeri Perak ini apabila Yonny menggarap elemen cinta dalam lagu ‘Sheenta’.

Apa yang menariknya, terdapat dua versi lagu Sheenta iaitu versi asal dan versi penampilan bersama bakat baru, Shee.

Berbeza dengan lagu-lagu hits garapannya, Sheenta pastinya akan menjadi batu pengukur terhadap kehebatan Yonnyboii menghasilkan karya secara versatile mengikut acuannya sendiri.

“Setiap album baik album E.P sekalipun terkandung kisah perjalanan cerita hidup saya diterjemahkan dalam bentuk muzik, tersusun rapi untuk dikongsi secara eksklusif kepada pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong saya. There’s story behind everything!”

Album E.P berjudul ‘Yonny’ ini diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia dan kini boleh didengari di semua pelantar muzik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Nov 2024

PU Riz Anggap Simpan Foto Anak Dalam Dompet Sebagai ‘Old Is Gold’ … Sempat Titip Pesan Buat Bapa Muda

Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi  bahawa dia masih lagi menyimpan foto-foto anaknya di dalam dompet.

Trending Mon, 10 Sep 2018
Featured Thu, 7 Apr 2022
Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Trending Wed, 27 Dec 2017

Saya Dilayan Seperti Hantu Selepas Disemadikan

Mati tujuh bulan kemudian yang balik ke rumah adalah “Hantu” , jadi yang mana satu ni?

error: Content is protected !!