Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 9, 2026 @ 8:47am

Zack Tabudlo Curi Perhatian, Lagu ‘Give Me Your Forever’ Kembali Jadi Tumpuan

Penyanyi dari Filipina, Zack Tabudlo terus mengukuhkan namanya sebagai antara figura penting dalam industri Original Pilipino Music (OPM) menerusi bakatnya sebagai penyanyi, penulis lagu dan penerbit.

Zack mula meraih perhatian antarabangsa selepas lagu Binibini mencetus fenomena apabila mendominasi carta Spotify selama enam minggu berturut-turut, selain menduduki carta Global Viral selama empat minggu. Kejayaan itu turut melayakkannya muncul di papan iklan Times Square serta diiktiraf sebagai lagu paling banyak distrim di Spotify Filipina bagi tahun 2021.

Pada penghujung tahun sama, Zack melancarkan album sulung berjudul Episode yang mengandungi beberapa lagu popular termasuk Habang Buhay dan Give Me Your Forever, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik.

Momentum kejayaan itu diteruskan pada 2022 apabila lagu Pano mencipta rekod tersendiri apabila kekal di tangga pertama carta Top 50 Filipina selama 455 hari. Lagu tersebut turut menembusi carta Spotify Top 200 di beberapa negara Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.

Menariknya, sekitar tiga tahun lalu, penyanyi Bella Astillah pernah menyanyikan semula lagu Pano yang mendapat perhatian ramai.

Kini, lagu Give Me Your Forever pula kembali menjadi tumpuan apabila dikaitkan dengan detik pertunangan Bella bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali gus menjadikan momen tersebut lebih bermakna.

Zack sendiri turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

“Terima kasih atas sokongan dan tahniah buat kalian berdua. Saya gembira lagu ini menjadi sebahagian daripada momen indah tersebut,” antara reaksi yang dikongsikan.

Perkongsian itu mencuri perhatian peminat, sekali gus melonjakkan lagi populariti Give Me Your Forever yang kini menjadi pilihan ramai, termasuk tular melalui video Syed Saddiq serta parodi yang dihasilkan oleh beberapa pencipta kandungan.

Give Me Your Forever kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

Featured Sun, 17 Apr 2022
Events Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Events Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Mon, 23 Aug 2021

“Kalau Ada Yang Patah Hati, Tolong Maafkan Saya”- Remy Ishak

Berita pernikahan Hero Malaya, Remy Ishak ternyata mengundang reaksi ramai peminat wanita terutama di laman sosial. Ramai dilihat yang terhibur dengan pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh para peminat Remy. Terbaru, menerusi video yang dimuat naik […]

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Sun, 16 Apr 2023
error: Content is protected !!