Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:33pm

Zen Dari China; Cip Pemprosesan Mikro x86 Oleh Pengeluar China Berdasarkan Senibina AMD

Cip pemprosesan x86 Dhyana yang berdasarkan senibina mikro Zen oleh AMD telah mula muncul dari pengeluar cip Hygon yang berpusat di China. Cip ini berjaya dihasilkan setelah berlaku perjanjian perlesenan antara AMD dengan rakan kongsi China mereka.

Perjanjian perlesenan berkenaan harta intelek x86 oleh AMD itu telah memecahkan dominasi teknologi yang selama ini dimanfaat oleh syarikat seperti Intel, AMD dan VIA Technologies.

Cip pemprosesan Dhyana tersebut mirip dengan cip AMD dari jenis EPYC yang tertumpu untuk aplikasi pelayan. Bahkan, kerja-kerja kod bantuan yang digunakan oleh cip EPYC juga boleh digunakan untuk cip Dhyana juga.

Kenyataan rasmi dari AMD mengatakan yang mereka tidak menjual rekaan akhir kepada rakan kongsi China mereka, Sebaliknya, rakan kongsi China mereka bersetuju menggunakan rekaan cip AMD dan menghasilkan cip mengikut permintaan pasaran pelayan China.

Perkembangan ini akan sekali lagi akan menghangatkan perang perdangangan antara China dan Amerika Syarikat. Pentadbiran Obama sebelum ini pernah menghalang Intel dari menjual pemprosesan Xeon mereka kepada China pada tahun 2015. Perkara sama juga berlaku ketika ini apabila ZTE masih lagi terdedah dengan larangan pembelian teknologi dari syarikat Amerika Syarikat walaupun Donald Trump sudah mengangkat larangan tersebut sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 24 Jul 2018

Harga Jualan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Pelancaran Rasmi

Menjelang majlis pelancaran secara global Samsung Galaxy Note 9 pada 24 Ogos ini, sedikit demi sedikit spesifikasi dan maklumat berkaitan peranti tersebut telah tertiris sejak kebelakangan ini. Namun, tiada ura-ura berkenaan harga bagi peranti itu yang dapat kita dengar sebelum ini. […]

TECH Wed, 5 Dec 2018

Travel with a Virtual Doctor Wherever You Go with AirAsia Travel Protection

Now you don’t have to worry about getting medical help on the go.

TECH Wed, 9 Jan 2019

Dua Snapdragon Mid-range Chipsets

Jadi pengeluar chipset yang terkenal dalam industri peranti mudah alih, Qualcomm terus menunjukkan inovasinya. Ya! Mereka juga menyediakan dua chipset terkini yang diramalkan ditujukan kepada telefon pintar kelas pertengahan dan akan tersedia tahun depan.

TECH Fri, 5 Oct 2018

3 Bahaya Mengecas Telefon Pintar Melalui Laptop

maklumat yang penting untuk kita semua

TECH Thu, 16 Aug 2018

Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda

Berikut beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik dan menarik.

TECH Tue, 4 Dec 2018

Cara Membuat Foto 360 Darjah Pada Semua Androids

foto-foto ini boleh dikongsi di pelbagai media sosial, terutama Facebook, yang sememangnya menyokong foto 360 darjah

TECH Sat, 12 Oct 2019
TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

TECH Wed, 13 Dec 2017

Tips Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Tahukah anda bahawa kita boleh mendaftar akaun Whatsapp tanpa memerlukan Kad Sim?

TECH Mon, 26 Aug 2019

7 Cara Mengurangkan Storage iPhone

Tak perlu risau lagi kalau anda guna iPhone dan dapat ‘storage full’

error: Content is protected !!