Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2025 @ 12:23pm

Zulin Aziz Tegur Tindakan Netizen Pertikai Solat Artis & Influence Gara-Gara Pakai Makeup 24 Jam – “Ada Lagi Ke Soalan Macam Ni?”

Pelakon  Zulin Aziz menegur tindakan segelintir netizen yang kerap mempersoalkan sama ada artis dan pempengaruh menunaikan solat atau tidak hanya kerana mereka sering tampil dengan solekan di wajah.

Menurut Zulin, tindakan sedemikian tidak wajar kerana soal ibadah adalah urusan peribadi antara individu dengan Tuhan, dan tidak sepatutnya dinilai semata-mata berdasarkan penampilan luaran.

“Artis/influencer ni makeup mereka tak solat ke? Hmmm, ada lagi soalan macam ni?

“Before makeup kami berwuduk dulu. Kalau wuduk terbatal, kita makeup semula. Macam itulah situasi dekat set.

“Waktu lunch break, minum petang, makan malam, masa tu lah makeup semula. Kalau event lagi mudah nak plan,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin juga menitipkan pesanan buat individu di luar sana agar sentiasa bersangka baik terhadap orang lain dan tidak mudah menjatuhkan hukum.

“Tapi kalau nampak dia makeup 24 jam tu husnuzon lah.

“Dia tengah cuti tu, simple kan?,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Zulin menerusi hantaran di Threads miliknya baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktres itu bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Sep 2019

Pesawat Tiba-Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30,000 Kaki

Tak dapat bayangkan betapa cemasnya jika berada didalam situasi sebegini

Trending Thu, 7 Oct 2021

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok. Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian. Isu […]

Selebriti Wed, 22 Apr 2020
Featured Thu, 14 Apr 2022

#JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

Allahuakbar, kesian Bella.. Cepatlah selesai isu ni #JusticeForBella

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Having a Busy Schedule Doesn’t Deter Datuk Siti from Being a Mum

Being a mum and career woman isn’t the easiest task to handle but Datuk Siti shows us how it’s done.

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
error: Content is protected !!