Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops November 14, 2019 @ 11:22am

10 makanan yang tidak patut dimakan ketika perut kosong

Apabila perut mula berkeroncong, selagi boleh apa sahaja yang ada di hadapan mata akan dicapai  untuk dimakan dan dijadikan alas perut.

Sememangnya ia akan menghilangkan rasa lapar, tetapi apa yang anda makan itu boleh memberi kesan  buruk kepada perut yang kosong.

Kenyataannya, apabila perut tidak diisi dengan makanan untuk jangka masa yang lama, lapisannya akan lebih sensitif daripada biasa. Sesetengah makanan adalah berasid dan boleh merosakkan lapisan berkenaan. 

Itu sebabnya anda perlu memilih makanan yang sesuai dan cukup ‘lembut’ untuk mengisi perut. Jangan main makan sahaja!

Untuk ketahui makanan apa yang selamat dimakan ketika perut kosong, rujuk kepada maklumat oleh Brightside di bawah. Ketahui juga makanan yang anda boleh makan!

Jangan makan! Sumber: The Recipe Critic

Jangan makan

Pastri – Makanan yang mengandungi yis akan meradangkan lapisan perut dan akhirnya boleh menyebabkan anda senak.

Gula-gula – Pengambilan gula meningkatkan kadar insulin dalam badan dan secara tidak langsung, pankreas yang baru sahaja ‘bangun’ akan dipaksa untuk bekerja keras. Akibatnya ialah kencing manis.

Dadih dan produk susu lain yang ditapaikan – Jika anda makan dadih ketika perut kosong, asid hidroklorik yang terbentuk di dalam perut akan membunuh bakteria berupa asid laktik. Jadi memakan dadih untuk sarapan memberi manfaat yang sedikit untuk badan anda.

Buah pir – Serat di dalam buah ini boleh mencederakan membran mukus perut kosong yang bersifat halus.

Tomato – Mengandungi kadar asid yang tinggi yang hanya akan menaikkan lagi jumlah asid dalam perut. Hal ini boleh menyebabkan ulser gastrik.

Timun dan sayuran hijau lain – Sayuran mentah memang kaya dengan asid amino. Tetapi ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, kembung perut dan sakit abdomen, terutamanya apabila dimakan ketika perut kosong.

Pisang – Magnesium di dalam darah akan meningkat dengan mengejut dan akhirnya membahayakan jantung.

Rempah-ratus – Makanan pedas boleh menyebabkan kerosakan dan iritasi pada mukosa gastrik seterusnya meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Ia menyumbang kepada pelbagai gangguan yang biasa menyerang sistem pencernaan manusia.

Minuman berkarbonat sejuk – Meminum air ini pada waktu pagi boleh merosakkan membran mukus dan mengurangkan bekalan darah ke bahagian perut. Hasilnya, makanan akan dicerna dengan lebih perlahan.

Buah-buahan sitrus – Apabila dimakan ketika perut kosong, asid buah boleh menyebabkan pedih ulu hati dan meningkatkan risiko gastritis serta ulser gastrik.

Oat dan telur memang sesuai dimakan, terutamanya untuk sarapan. Sumber: Eggs.ca

Makan

Oat – Ia mencipta salutan perlindungan pada lapisan perut yang mencegah asid hidroklorik daripada merosakkan dinding perut. Ia juga mengandungi serat larut yang mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Buckwheat – Gandum ini merangsang sistem pencernaan, membekalkan sumber protein, zat besi dan vitamin yang baik.

Wheatgerm – Dua sudu besar gandum ini menawarkan lebih kurang 15 peratus nilai Vitamin E yang disyorkan dalam sehari, serta 10 peratus daripada nilai asid folik yang disyorkan. Ia juga membantu memastikan sistem pencernaan berjalan dengan baik.

Telur – Pengkaji mendapati, memakan telur untuk sarapan boleh mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari dengan banyak.

Tembikai – Buah ini menawarkan jumlah cecair yang banyak apabila dimakan ketika perut kosong. Kerana kadar likopenanya yang tinggi, ia juga bagus untuk kesihatan mata dan jantung.

Beri biru – Memakan beri ini secara berterusan boleh memperbaiki daya ingatan dan mengawal atur tekanan darah dan metabolisme, terutamanya jika dimakan sebagai sarapan.

Roti gandum penuh tanpa yis – Karbohidrat dan nutrien penting lain dalam roti ialah penting untuk badan. Waktu terbaik untuk makan roti ini ialah pada awal pagi.

Kekacang – Jika dimakan sebagai sarapan, ia memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan menstabilkan nilai pH dalam perut.

Madu – Ia membantu ‘membangunkan’ badan pada waktu pagi dan menawarkan kekuatan selain tenaga kepada sistem badan. Ia juga menggalakkan aktiviti otak dan meningkatkan kadan hormon serotonin yang membuatkan anda rasa gembira.

Jadi harap-harap anda tahu apa yang sesuai dimakan untuk sarapan esok!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Featured Sun, 30 Dec 2018
Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Featured Wed, 20 Jun 2018

Jika Anda Selalu Letih Ketika Hamil, Sila Makan 5 Jenis Makanan Ini!

Anda boleh amalkan 5 jenis makanan ini untuk kekal bertenaga sepanjang proses kehamilan.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Resipi Mudah Untuk Biskut Oat Coklat, Tak Perlu Bakar Dalam Oven!

Bukan kek saja yang anda boleh buat tanpa menggunakan ketuhar, ya. Biskut pun boleh!

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Gaya Hidup Fri, 21 Feb 2020
Gaya Hidup Fri, 11 Jan 2019

Resolusi 2019: Jom singkap azam baru selebriti terkenal

Selain kerjaya, menyebarkan kasih sayang dan keamanan menjadi fokus selebriti tempatan.

Gaya Hidup Mon, 1 Apr 2024
Sihat Mon, 22 Jul 2019
error: Content is protected !!