Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin June 27, 2018 @ 2:00pm

10 Tahun Guna Produk Mengandungi Merkuri, Wanita Ini Temui Ajal

Pasti ramai yang tahu mengenai keburukan produk timbang kilo yang kini dijual secara berleluasa. Banyak kes terjadi akibat daripada penggunaan produk tersebut. Ada yang meninggal dunia, ada juga yang organ dalamannya rosak disebabkan oleh produk berbahaya ini.

Kalau nak cantik dan flawless, anda perlu teliti dan buat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu produk kecantikan yang ingin anda gunakan. Jangan terpedaya dengan testimoni mereka ya! Baru-baru ini seorang gadis telah berkongsi cerita yang mungkin akan buat anda terkejut dan tidak percaya! 

Gadis yang dikenali sebagai Didi itu memberitahu bahawa jirannya meninggal dunia akibat menggunakan produk kosmetik berbahaya sejak 10 tahun lalu. Jom kita tengok perkongsian gadis ini.

Arwah jiran masuk hospital kerana buah pinggang dan hati telah rosak

Arwah memang seorang yang cantik dan putih

Doktor memberitahu bahawa, punca kerosakan organ dalaman wanita tersebut adalah disebabkan oleh produk kosmetik yang diamalkan sehingga menyebabkan diserang sawan dan mengalami masalah rabun yang teruk.

Kulit memang cantik, tapi badan tak mampu nak terima 

Takut tak? Jadikan ia sebagai satu pengajaran dan anda perlu sedar bahawa semua produk yang mengandungi merkuri ini adalah berbahaya untuk kesihatan anda. Kalau nak cantik, perlu beli produk kecantikan yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ok! 

Sumber: Facebook Khairul Yoi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 29 Jun 2018

Kalau Nak Rambut Kekal Sihat Dan Tak Gugur, Ikuti Tip Penjagaan Rambut Oleh Yuna

Tip penjagaan rambut oleh Yuna ini memang patut anda praktikkan!

Featured Tue, 27 Aug 2019

Transformasi luar biasa seni macrame, rotan dan daun kering jadi pilihan mempelai!

Konsep perkahwinan berkonsepkan Boho jadi pilihan pengantin 2019

Featured Wed, 15 May 2019
Featured Fri, 22 May 2020
Featured Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Thu, 18 Oct 2018

10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kopi

100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Kalaulah Ada Nenek Cantik Macam Mereka Ini, Memang Tak Bawa Jumpa Boyfriend

Bayangkan kalau kita ada nenek secantik mereka, agak-agak berani tak kenalkan dengan boyfriend anda? 

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

error: Content is protected !!