Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom August 27, 2019 @ 12:00pm

Transformasi luar biasa seni macrame, rotan dan daun kering jadi pilihan mempelai!

Hiasan pelamin adalah antara elemen penting yang menjadi keutamaan bagi pasangan yang ingin berkahwin. Ada yang memilih konsep perkahwinan di dalam taman atau di tepi pantai dan tidak kurang juga memilih bersanding di dalam dewan dengan hiasan tertentu mengikut cita rasa.

Antara yang turut menjadi pilihan pengantin masa kini ialah konsep seni macrame dengan kombinasi bunga kering atau pelbagai aksesori lain yang menambahkan lagi keindahan pada peterana raja sehari.

Seni macrame membawa pengaruh Southwest (Boho) bagi hiasan pelamin. Pintalan tali, renda dan pelbagai elemen alam nan indah diguna untuk menjadikan pelamin lebih unik, ringkas dan minimal, namun tetap ekslusif serta istimewa.

Ciri-ciri Southwest ini ternyata mempunyai pengaruh besar pada musim perkahwinan 2019 baik dari segi palet warna, hiasan meja dan juga pilihan fesyen. Di mana unsur seni macrame, permaidani bercorak dan geometrik termasuk barangan rotan, menyerlahkan gaya perkahwinan ala Bohemian!

Di Malaysia, trend perkahwinan Boho ini telah dimulakan oleh penyanyi yang juga penulis lirik, Yunalis Zarai dan suaminya, Adam Yousof Mohamed Sinclair pada Januari 2018.

Foto: Instagram Yuna

Pelamin bertemakan bohemian chic hasil dekorasi perancang perkahwinan Reka Teemor untuk kedua-dua majlis iaitu upacara pernikahan dan persandingan telah menjadi topik bualan ramai.

Selain keunikan dan singgahsana yang cantik ketika pernikahan dengan konsepnya bak kayangan, berlatar belakangkan gunung-ganang, dekorasi pelamin pada majlis resepsi Yuna dan Adam yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), sekali lagi mengagumkan ramai.

Bertitik-tolak daripada perkahwinan Yuna dan Adam, nampaknya pelamin bertemakan Boho ini paling trending tahun ini. Tidak percaya? Lihat lampiran foto di bawah.

Foto: PicBear

Foto:Instagram  Muasmo

Foto: Instagram Muasmo

Foto: Instazu

Foto: InStyle Project

Foto: Adi Decor

Foto: Adi Decor

Foto: Adi Decor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Sat, 11 Apr 2020

6 cara mudah untuk kekal sihat tanpa perlu berbelanja!

Berpandukan sifir sihat, anda selamat

Featured Thu, 22 Aug 2019

Dodoi anak dengan gym ball, sambil bersenam tubuh ibu pun selesa!

3 manfaat lain gym ball yang tidak diketahui umum.

Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Thu, 26 Mar 2020

Dolce & Gabbana lancar himpunan abaya untuk Muslimah

Rekaan jenama antarabangsa dipuji!

Events Fri, 15 Aug 2025
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
error: Content is protected !!