Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 20, 2018 @ 8:00pm

11 Tanggapan Salah Tentang Kutu Kepala & Info Tepat Yang Anda Perlu Tahu

Kutu kepala adalah sejenis serangga tak bersayap yang hidup di atas kulit kepala manusia, menghisap darah manusia tersebut dan bertelur.

Walaupun ia dah lama wujud, ramai daripada kita yang tak berapa tahu tentang parasit ini. Kalau tahu pun, informasi itu besar kemungkinan tak tepat.

Di sini ada beberapa mitos tentang kutu kepala yang paling biasa anda dengar. Disertakan sekali adalah informasi yang betul.

Setelah mengetahuinya, bolehlah anda bersedia untuk melawan serangan kutu ini jika ia berlaku pada diri anda ataupun orang tersayang.

Awas! Kepala anda mungkin akan rasa gatal apabila anda membaca artikel ini.

Foto: www.medicalnewstoday.com

“Anda akan lebih cenderung untuk mendapat kutu jika rambut anda kotor”

Kebersihan rambut anda, ataupun sama ada ia diwarnakan atau tidak, tak ada kaitan langsung dengan kebarangkalian anda untuk mendapat kutu. Boleh dikatakan semua orang terdedah dengan kutu.

Walau bagaimanapun, kebersihan anda boleh mempengaruhi kemungkinan anda untuk mendapat kutu lain seperti kutu badan. Jadi, jangan tak mandi!

“Kutu boleh melompat dari kepala seseorang ke kepala orang lain”

Kutu tak boleh melompat atau terbang dari kepala ke kepala. Menurut Verywell Health, anda hanya terdedah kepada kutu kepala orang lain jika anda menggunakan sikat atau topinya. Kutu merangkak, jadi anda tak perlu takut untuk berdiri di sebelah seseorang yang berkutu.

“Anda boleh hapuskan kutu daripada kepala dengan syampu dan air panas”

Anda tak boleh menang dalam peperangan anda dengan kutu hanya dengan mencuci rambut dengan syampu biasa.

Kutu dewasa melekat pada folikel rambut, manakala telur kutu tersangatlah melekit dan melekat pada rambut. Kutu sebenarnya tak kisah pun berapa banyak syampu yang anda tonyoh ke rambut anda.

Foto: www.tibenabvi.pk

“Orang yang berambut panjang lebih cenderung untuk mendapat kutu”

Sesiapa saja, tak kiralah berapa panjang rambut mereka, boleh mendapat kutu, jadi tak perlu potong rambut anda jika ia panjang. Kutu menghisap darah pada kulit kepala, jadi berapa panjang rambut anda, tak ada kena mengena pun.

“Kutu boleh hidup berminggu-minggu pada perabot, kain cadar dan pakaian anda”

Menurut Head Lice Center, kutu perlukan “makan” dengan kerap dan akan mati dalam masa 48 jika mereka tak mendapat bekalan darah. Ini bermakna anda lebih berpotensi untuk mendapat kutu daripada sentuhan kepala ke kepala daripada dari perabot anda.

“Kalau kepala anda tak gatal, maknanya anda tak ada kutu”

Menurut Head Lice Center, anda takkan dapat rasa tanda-tanda infestasi kutu dalam 4 ke 6 minggu pertamanya. Ini bermakna, selepas sebulan anda mendapat kutu, baru kepala anda mula rasa gatal.

“Anda boleh mendapat kutu daripada binatang peliharaan anda”

Kucing anda takkan boleh berikan anda kutu kerana kutu binatang tak boleh dipindahkan daripada binatang ke manusia. Menurut Petful dan ASPCA, ada jenis-jenis kutu yang berlainan untuk setiap haiwan, samalah dengan manusia. Jangan takut! Anda pun tak boleh pindahkan kutu anda ke binatang peliharaan anda.

Foto: http://catlovehub.com

“Kutu boleh membawa penyakit”

Kutu memang menakutkan tapi ia tak boleh buatkan anda jatuh sakit. Mereka tak merbahaya langsung dan tak melambangkan tahap kebersihan yang kurang.

“Kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapat kutu di sekolah”

Mereka boleh terdedah kepada kutu di dalam situasi di mana kepala mereka sering berlaga kepala dengan kepala orang lain. Kem, taska, sleepover dan aktiviti sukan adalah tempat yang lagi senang untuk mereka mendapat kutu daripada di sekolah.

“Jika anda ada kutu, anda perlu dikurung hingga anda sembuh”

Kutu kepala tak boleh berjangkit. Lagi susah untuk menjangkiti kutu daripada demam selesema atau mata bengkak biasa. Melainkan anda gemar menggosok rambut anda dengan orang di sekeliling anda, tak mungkin kutu itu boleh merebak.

Foto: marcadiferenciada.com

“Rawatan semulajadi untuk hilangkan kutu lebih selamat dan baik untuk anda”

Memang lebih mudah untuk menggunakan ramuan DIY semula jadi, tapi buat research dulu.

Banyak produk semula jadi untuk merawat kutu tak diiktiraf oleh pihak perubatan yang bertauliah. Lagipun, sesetengah daripadanya mengandungi ramuan seperti minyak essential yang bahaya apabila kanak-kanak gunakan.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Featured Fri, 31 Jan 2020

WHO umum darurat kecemasan kesihatan awam global bagi bendung koronavirus

Peningkatan mendadak kematian akibat 2019-nCoV membimbangkan

Sihat Wed, 8 Apr 2020
Featured Mon, 13 Apr 2020

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Kaedah alternatif diamalkan sejak zaman-berzaman

Featured Tue, 19 May 2020
Sihat Thu, 11 Apr 2019

Kenali komplikasi dialami si manja melalui warna najis ini!

Nombor 8, petanda bayi anda mengalami masalah pundi hempedu atau hati.

Sihat Fri, 16 Nov 2018

Penyakit Tibi Boleh Membawa Maut! Kenal Pasti Tanda-Tandanya

Kuman-kuman tibi akan menjadi aktif jika sistem imunisasi gagal menghalang kuman ini dari membiak dalam badan.

Sihat Fri, 29 Mar 2019

These are the nutrient women need as they grow older

In their 20s, 30s, 40s, 50s and beyond.

Featured Thu, 23 May 2019
error: Content is protected !!