Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom December 23, 2018 @ 9:00am

Telinga Berdesing? Mungkin Anda Mengalami Salah Satu Daripada Masalah Ini

Mesti ada di antara anda yang pernah mengalami masalah telinga berdesing secara tiba-tiba kan? Selalunya kalau orang tua-tua kata telinga berdesing ni petanda ada daun dari pohon Luh Mahfuz gugur dan terkena daun yang tertera nama kita.

Itu orang tua-tua katalah tetapi kalau difikirkan dari segi kesihatan pula, telinga berdesing ini adalah petanda beberapa faktor kesihatan yang anda tidak boleh mengambil secara lewa.

Foto: kenalitinnitus.id

Antara faktor-faktornya adalah:

1. Korek Telinga!

Setiap hari, akan terhasil sejenis cecair lekit di dalam telinga dan semakin hari kalau tidak dibersihkan ia akan semakin bertambah membuatkan telinga tersumbat sehingga menggangu pendengaran normal seseorang.

2. Kecederaan Pada Kepala

Sebab ke-2 pula, kemungkinan kepala anda terhantuk sehingga mencederakan fungsi dalaman kepala (gegaran). Antara simptom gegaran otak atau kepala adalah seperti pening, sakit kepala dan loya. Jadi, sila pakai peranti keselamatan seperti topi keledar mahupun pelindung kepala ketika bermain sukan ekstrem atau ketika melakukan aktiviti di tempat-tempat berisiko contohnya di tapak pembinaan.

3. Kerosakan Saraf Rahang

TMJ atau temperomandibular joint adalah sejenis masalah saraf yang berlaku pada bahagian rahang yang bersambung kepada tengkorak seseorang manusia. Ianya bukanlah di dalam telinga tetapi pesakit kebiasaannya akan mendengar secara tidak normal.

4. Pengambilan Pil Ubat-Ubatan

Adakalanya pengambilan sesetengah pil ubat-ubatan akan menyebabkan telinga berdesing atau nama saintifiknya digelar tinnitus. Antara ubat yang sering dikaitkan dengan punca telinga berdesing adalah antibiotik, pil anti-kemurungan serta ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan.

5. Terlampau Stres

Terlalu stres juga boleh menyebabkan telinga berdesing ya! Kalau emosi anda terganggu, malah masalah itu terus berlarutan, kemungkinan ia akan menyebabkan “tinnitus”.

6. Pertumbuhan Tulang Dalam Telinga

Terdapat bahagian tulang di dalam telinga akan tumbuh yang dikenali sebagai otosclerosis. Selalunya ia berlaku pada individu yang berusia pertengahan 30-an. Pertumbuhan tulang abnormal itulah yang menyebabkan telinga berdesing malah dalam kes-kes lain, telinga juga boleh menjadi pekak.

7. Berhubung Kait Dengan Penyakit Lain

Lekas berjumpa doktor jika telinga anda berdesing, ia mungkin petanda kepada kewujudan penyakit-penyakit lain yang anda tidak tahu. Antara penyakit yang berhubung kait dengan masalah telinga berdesing adalah tekanan darah tinggi, ketumbuhan bukan kanser, alergik serta kencing manis.

8. Sering Mendengar Sesuatu Dengan Kuat

Ia biasanya akan berlaku kepada individu yang suka mendengar secara kuat seperti mendengar radio dengan volume yang tinggi. Elak mendengar muzik secara kuat, beringat untuk perlahankan suara earphone atau headphone anda tu okay?

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Aug 2019
Sihat Wed, 16 Jan 2019

Stretching techniques you can do to alleviate pain from leg cramps

To cure it, you have to exercise the affected muscles.

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Sihat Wed, 11 Jul 2018

“Rehat Senyap” Berupaya Kembalikan Memori Yang Kabur

Rehat dalam keadaan senyap boleh meningkatkan tahap kefahaman dan membantu menambahkan daya ingatan.

Sihat Thu, 11 Apr 2019

Kenali komplikasi dialami si manja melalui warna najis ini!

Nombor 8, petanda bayi anda mengalami masalah pundi hempedu atau hati.

Featured Tue, 25 Dec 2018

20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Featured Thu, 12 Mar 2020
Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

error: Content is protected !!