Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 7, 2019 @ 12:00pm

Wanita ini buta kerana memakai kanta lekap ketika mandi!

Kanta lekap bukan sahaja membantu penampilan anda menjadi lebih menarik, tapi ia juga sangat mudah untuk dikendalikan.

Bagaimanapun, pemakai kanta lekap tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap kemudahan ini. Mereka perlu ingat bahawa ada risikonya jika ia tidak dijaga dengan betul.

Jika anda sering memakai kanta lekap, anda perlu dengar mengenai apa yang telah berlaku kepada seorang wanita dari United Kingdom ini!

Dia disahkan buta setelah jangkitan kuman teruk yang dialaminya meninggalkan kesan kekal pada kornea matanya. Kornea merujuk kepada bahagian mata lut sinar yang menutupi iris, anak mata dan kebuk anterior.

Setelah kesnya diselidik, rupa-rupanya wanita ini, 41, telah memakai kanta lekapnya ketika mandi. Ini membolehkan kuman mikroskopik yang dipanggil amoeba untuk masuk ke bahagian biji matanya dan membiak. Menakutkan!

Menurut laporan The New England Journal of Medicine, situasi ini menyebabkan rasa sakit yang amat sangat, penglihatan kabur dan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

Ini bukanlah pertama kali hal seperti ini berlaku. Pada tahun lepas, seorang lelaki, 29, dari United Kingdom juga disahkan buta setelah mengalami jangkitan yang sama akibat sering mandi sambil memakai kanta lekap.

Walaupun kes ini jarang berlaku, ia memfokuskan kepada betapa sensitifnya biji mata manusia dan terdapat banyak risiko untuk memakai kanta lekap.

Ramai orang boleh memakainya dengan selamat, tetapi mengambil risiko dengan memakainya semalaman atau mendedahkannya kepada air sama sahaja dengan situasi apabila anda menaiki kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar.

“Selalunya anda takkan ditimpa masalah, tetapi bila ia betul-betul berlaku, nahaslah jawabnya,” kata Dr John Hovanesian, jurucakap kepada Akademi Oftalmologi Amerika, menurut Insider.

Foto: Mirror

Risiko pemakai kanta lekap perlu tahu

1. Memakai kanta lekap ketika mandi boleh membahayakan mata

“Sekeping kanta lekap ialah seperti sekeping span yang anda letakkan pada mata,” kata John. “Ia menyerap bahan yang akan menyentuh mata anda.

“Persekitaran yang lembap dan panas itu memberikan kulat dan amoeba masa untuk membiak.”

John berkata lagi, apabila mata anda kering, ia akan bergeser dengan kanta lekap. Luka halus akan terbentuk yang mana mikroorganisma boleh hinggap.

Ramai orang tidak akan perasan apa-apa hinggalah mereka menanggalkan kanta lekap mereka. Tetapi pada masa itu, sudah terlambat.

2. Tidur sambil memakai kanta lekap pun merbahaya

Sama seperti anggota badan lain, mata anda menggunakan waktu tidur anda untuk sembuh. Memakai kanta lekap membantutkan proses ini serta membolehkan apa sahaja yang anda angkut pada waktu siang untuk selesakan diri di atas permukaan mata anda.

Menurut John, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan ialah empat kali ganda jika anda memakai kanta lekap ketika tidur.

Rawatan jangkitan pada mata melibatkan pencucian bola mata anda dengan cecair antiseptik kuat. Keberkesanannya bergantung kepada berapa cepat anda merawat jangkitan berkenaan.

“Walaupun kita berjaya, kerosakan ini kekal,” kata John.

Cara penjagaan kanta lekap supaya tidak terkena jangkitan

Foto: Shutterstock

  1. Pastikan kanta lekap anda sentiasa bersih.
  2. Tanggalkan kanta lekap sebelum mandi atau tidur.
  3. Cuci tangan betul-betul sebelum memegang bahagian mata atau kanta lekap.
  4. Simpan kanta di dalam bekas bersih yang direka khas untuknya.
  5. Gunakan cecair pembersih kanta lekap yang diluluskan. Jangan bilas dengan air biasa.
  6. Jika anda rasa tidak selesa ketika memakai kanta anda ataupun mengesyaki ia sudah tercemar, tanggalkan dan buang.

Hati-hati ya! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 25 Aug 2022
Featured Tue, 10 Mar 2020
Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Kes Saman Fitnah Babitkan Zarina Anjoulie & Fara Mendoza, Mahkamah Keluar Perintah Larangan Bersuara

Mahkamah memerintahkan gag order untuk kedua-dua selebriti berkenaan.

Featured Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!