Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 1:43am

1119, Meer Nash, Aniez & Zac Zac Meriahkan Syawal Dengan ‘Goyang Raya’

Tahun 2026 membuka tirai dengan suasana yang cukup meriah apabila dua perayaan besar diraikan dalam tempoh yang hampir serentak. Sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung pada awal tahun turut disusuli dengan kehadiran bulan Ramadan sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berinspirasikan keunikan situasi tersebut, kumpulan 1119 (TRIPLE1NINE) tampil dengan karya terbaharu berjudul Goyang Raya. Lagu itu turut menampilkan kolaborasi bersama Meer Nash, Aniez dan Zac Zac, sekali gus menarik perhatian peminat apabila berjaya meraih hampir 100,000 tontonan di YouTube hanya dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan.

Menariknya, proses penghasilan lagu berkenaan melibatkan gabungan bakat kreatif daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk penyanyi, produser dan tenaga produksi. Pendekatan tersebut menjadikan Goyang Raya bukan sekadar lagu raya biasa, sebaliknya sebuah karya yang menggabungkan elemen muzik tradisional Melayu dengan sentuhan moden yang lebih segar.

Gabungan gaya muzik itu turut mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia, selain menonjolkan bagaimana seni mampu menjadi medium yang menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui irama dan persembahan yang santai tetapi bermakna.

Sebelum ini, kumpulan 1119 pernah mencetuskan perhatian menerusi lagu 福气马上来 (Good Fortune Comes Soon) yang diterbitkan sempena Tahun Baharu Cina. Lagu tersebut berjaya meraih lebih 11 juta tontonan selain sering dimainkan sebagai lagu tema di pelbagai pusat beli-belah dan premis perniagaan di seluruh negara.

Menerusi Goyang Raya, kumpulan itu sekali lagi mengetengahkan tema nostalgia yang dekat dengan kehidupan masyarakat tempatan, khususnya memori pulang ke kampung dan kerinduan terhadap suasana desa ketika musim perayaan.

Salah seorang anggota 1119, Eugene, meluahkan rasa teruja apabila dapat terlibat dalam projek lagu tersebut.

“Saya sangat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada lagu dan rakaman Goyang Raya 1119. Jika dibandingkan dengan lagu Raya Ria tahun lalu, karya kali ini terasa lebih tradisional dan semangat raya itu lebih kuat.

“Mempelajari tarian tradisional Melayu juga bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kelembutan dan keanggunan yang sangat berbeza daripada persembahan K-pop atau persembahan Tahun Baharu Cina yang biasa kami lakukan, tetapi kami sangat menikmati pengalaman tersebut,” katanya.

Penyanyi Zac Zac turut berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran video muzik lagu itu yang menurutnya berlangsung dalam suasana penuh keceriaan.

“Saya sangat seronok dapat terlibat dalam penggambaran video muzik raya ini. Suasana di set sangat meriah dan dipenuhi tenaga positif. Saya harap apabila orang ramai menontonnya nanti, mereka juga dapat merasai kemeriahan dan kehangatan suasana raya seperti yang kami alami semasa penggambaran,” katanya.

Sementara itu, Meer Nash menyifatkan projek tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan lagu raya pertamanya selepas lebih sedekad bergiat dalam industri.

“Goyang Raya ialah lagu raya pertama saya selepas 11 tahun dalam industri. Berkolaborasi dengan 1119 juga terasa tepat kerana ia benar-benar menggambarkan identiti saya sebagai anak campuran Melayu dan Cina.

“Saya suka bagaimana lagu ini memaparkan sisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Selain melodinya yang menarik, koreografi yang dibawakan oleh kumpulan ini juga sering menjadi faktor yang membuatkan karya mereka sentiasa mendapat perhatian.

“Sepanjang proses rakaman dan penggambaran video muzik, semuanya sangat menyeronokkan. Saya rasa bertuah kerana dapat melakukan apa yang saya minati bersama sekumpulan individu yang berkongsi minat yang sama,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

“Paling Kurang Ajar Setakat Pagi Ini” – Zara Zya Naik Angin Terima Komen L*cah

Jelas Zara Zya, dia turut menerima pelbagai kata-kata keji termasuk gurauan kasar dan penghinaan

Trending Thu, 3 May 2018

Tayang Dapat Bunga Di Instagram, Izreen Azminda Teruja Terima Kejutan Daripada Suami

Terima jambangan bunga daripada suami, Izreen tidak menyangka Ude rupanya seorang suami yang romantik kerana telah lama dia tidak mendapat sejambak bunga.

Hiburan Wed, 5 Jul 2023

[VIDEO] Berlakon Spontan, Ramai Mahu Fazura & Lisa Surihani Berganding Semula – “Teringat Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia!“

Eh… Ifti dengan Izelea ke tu? Tolong berlakon jadi adik beradik lagi pleaseeee 🤣

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 7 Apr 2022

Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis

Mungkin ada sebab tersendiri mengapa Shuib memilih sedemikian..

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Nabila Huda Terpaksa Tinggalkan Suami?

Abil berasa sedikit lega apabila suaminya, Mohd Izwan Johar atau dipanggil Bert ini merestui pemergiannya apatah lagi demi memenuhi kerjaya sebagai seorang anak seni

Hiburan Wed, 29 Jun 2022

“Benda Itu Automatik” – Aksi Berpimpin Tangan Wanita, MK K-Clique Akui Tidak Sengaja

MK K-Clique tidak sengaja berpimpin tangan dengan wanita dikenali Hajar Siti.

error: Content is protected !!