Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops March 9, 2018 @ 3:36pm

13 Top Model Antarabangsa Ini Buktikan Rupa Bukanlah Segalanya

Sekarang ini kalau nak jadi model, anda tak semestinya kena ada rupa paras yang cantik, bentuk badan yang bersaiz XS ataupun badan yang cukup sifat.

Bidang permodelan antarabangsa kini dah semakin open-minded dan tidak lagi mengikut kriteria lapuk yakni seseorang model itu mestilah cantik, kurus dan berketerampilan menarik. 

Buktinya, ramai model yang berjaya mengukir nama di pentas dunia dengan rupa paras mereka yang langsung tak konvensional. Jom tengok 13 daripadanya.

1. Thando Hopa

Foto: Instagram Thando Hopa

Berasal dari South Africa, model ini adalah seorang albino tapi jemputan untuk menyertai kempen-kempen syarikat besar tak pernah putus. Sebenarnya Thando tak fokus sangat pun dalam bidang permodelan. Dia bekerja sebagai seorang peguam berjaya yang khusus dalam perlindungan hak asasi manusia di negara-negara Afrika.

2. Nikia Phoenix

Foto: Instagram Nikia Phoenix

Model ini lain daripada model biasa kerana kulitnya yang gelap dan badannya dipenuhi dengan freckles. Selalunya orang yang ada freckles di muka berasa malu dengan kulit mereka. Tapi Nikia tetap confident dan telah menjadi model untuk kempen periklanan dua jenama terbesar di Amerika, iaitu Coca-Cola dan Target.

3. Harnam Kaur

Foto: Instagram Harnaam Kaur

Itu janggut betul! Wanita British berbangsa India ini menghidap penyakit polycystic ovary syndrome, yang menyebabkan rambut untuk tumbuh secara banyak di permukaan badan dan mukanya. Ketika umur 16 tahun, Harnaam menganut agama Sikh yang melarangnya untuk mencukur janggutnya itu. Kisah hidupnya telah menarik perhatian ramai dan antaranya ialah orang-orang dari industri permodelan. Dia kemudiannya berlatih untuk menjadi seorang model dan dah pernah catwalk di London Fashion Week. Wow! Confidence itu kena ada!

4. Viktoria Modesta

Foto: Instagram Viktoria Modesta

Kaki penyanyi dan model dari Latvia ini memang telah kudung sejak kecil. Oleh sebab kecuaian perubatan selepas lahir, dia terpaksa melalui 15 pembedahan tapi tak ada yang berjaya, jadi kakinya terpaksa dipotong. Tapi nasib baik dia dah terima kenyataan, bangga dengan “kecacatannya” itu dan mengajak semua orang untuk mengejar impian mereka, tak kiralah apa pun halangannya.

5. Winnie Harlow

Foto: Instagram Winnie Harlow

Model dari Kanada yang bernama Chantelle Brown-Young ini menghidapi penyakit vitiligo, di mana kulitnya hilang pigmentasi sejak berumur 3 tahun. Itu tidak menyekat impiannya untuk menjadi seorang model. Dia telah muncul dalam kempen untuk jenama Diesel, menyertai New York Fashion Week dan berlakon dalam video muzik Eminem dan Sia.

6. Madeline Stuart

Foto: Instagram Madeline Stuart

Perempuan dari Brisbane ni menjadi popular setelah berkongsi pengalamannya dalam menurunkan berat badan di social media. Sejak kecil lagi dia memang berbadan besar ekoran penyakit Down Syndrome yang dihidapinya. Dia cuba sedaya upaya untuk kuruskan badan – berenang, berbasikal, menari dan bersenam. Setelah ceritanya tersebar di Internet, banyak syarikat ternama telah melamarnya untuk menjadi model barangan mereka. Dia juga menggunakan peluang ini untuk mengubah persepsi orang tentang Down Syndrome.

7. Alex Minsky

Foto: Instagram Alex Minsky

Model lelaki ini telah kehilangan kakinya dalam satu letupan ketika dia berperang di Afghanistan. Dia terpaksa melalui 13 pembedahan dan berada dalam koma selama 47 hari. Beberapa tahun kemudian, jurugambar fesyen popular Tom Kyllys ternampak Alex dan mengambil gambarnya. Sejak itu, Alex semakin popular dan telah menerima banyak tawaran untuk peragakan seluar dalam lelaki.

8. Andreja Pejic

Foto: Instagram Andreja Pejic

Berasal dari Serbia, Andrew ialah seorang model androgynous, di mana dia mempunyai kedua-dua rupa maskulin dan feminin. Dia pernah menyertai contest untuk lelaki paling seksi di dunia, dan wanita paling seksi di dunia – pada masa yang sama! Wah! Andrew juga ialah seorang pelakon, ada koleksi barang kemas sendiri dan model kegemaran Marc Jacobs dan Jean Paul Gaultier. Dia juga telah model untuk Chanel dan Prada. Andrew kemudian telah melakukan pembedahan menukar seks untuk jadi seorang wanita bernama Andreja secara sah.

9. Carmen Dell’Orefice

Foto: Instagram Carmen Dell’Orefice

Wanita berumur 86 tahun ini pernah muncul dalam Guinness Book Of Records kerana mempunyai kerjaya model paling lama. Carmen tidak menyorok kenyataan yang dia sudah tua dengan mewarna ubannya. Sebaliknya, dia bleach semua rambutnya ke warna putih dan kini rambutnya tu dah jadi trademark nya. Dia percaya bahawa kecantikan ada dalam diri setiap orang, dan bukan di luar.

10. Slick Woods

Foto: Instagram Slick Woods

Model Amerika ini menjadi popular kerana senyumannya yang luar biasa. Mulutnya tak boleh ditutup dengan sempurna, giginya herot-berot dan ada pula jurang luas di celah gigi depannya. Walaupun begitu, dia telah menarik perhatian ramai jurugambar fesyen. Jadi, walaupun gigi anda berterabur, senyum je dengan confident!

11. Hanne Gaby Odiele

Foto: Instagram Hanne Gaby Odiele

Berasal dari Belgium, Hannah Gaby Odiele mempunyai dahi yang luas dan tulang pipi yang mendalam. “Kekurangan” inilah yang membuatkan mukanya unik dari segi fesyen. Dia sudah pun memperagakan barangan jenama Valentino, dan menyertai fashion show untuk Mulberry, Balenciaga and Vera Wang.

12. Jamie Bochert

Foto: Instagram Jamie Bochert

Umur wanita ini sudah pun melepasi 30 tahun, tapi dia masih dipilih untuk mewakili jenama Givenchy dan menyertai fashion show untuk Versace. Mukanya terlalu kurus dan panjang, tapi matanya besar. Namun di pentas catwalk, Jamie memang nampak menawan.

13. Khoupia Diop

Foto: Instagram Khoupia Diop

Wanita dari Senegal ini dikira model yang berkulit paling gelap di dunia. Dan oleh kerana kulitnya, dia digelar sebagai “melanin goddess”; kononnya dia ada terlampau banyak melanin yang mewarnai kulitnya. Teringat pula kat filem Dayang Senandong.

Bonus!

Lola Chuil

Foto: Instagram Lola Chuil

Model berumur 16 tahun ini masih di bangku sekolah di Los Angeles tapi kulitnya yang hitam seperti arang telah menarik perhatian ramai.

Tengok? Kalau anda tak “perfect” pun, anda boleh jadi model! Jadi jangan putus asa! 

Sumber: Brightside.me

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Wajah Polos Tidak Bermaya? Ini Tutorial Solekan Paling Mudah & Jimat Untuk Beginner

Solekan juga dapat membantu untuk menutupi cela pada wajah selain mengelakkan kulit muka nampak suram atau pucat.

Oh Lawa Tue, 19 Jun 2018

Tampil Wow Pada Majlis Perkahwinan Anda, Melaram Dengan 5 Jenis Anting-Anting Ini

Ketepatan dalam memilih anting-anting yang bersesuaian boleh memberi nilai tambah pada penampilan anda di hari bahagia nanti.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Oh Lawa Sat, 4 Aug 2018

Meski Duit Berkepok Pun Belum Tentu Boleh Masuk. Ini 5 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

Lima Blbutik ini bukan saja dikatakan paling mahal di dunia bahkan memilih siapa tetamu mereka yang dibenarkan masuk .

Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

5 Fashion Trends That You Can Expect To See Shaping Up In 2019

It’s never too early to learn about what’s cool.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Katakan Tidak Pada Muka Pinggan! Ini Cara Pecahkan Lemak Di Muka Anda

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul.

error: Content is protected !!