Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops July 10, 2019 @ 4:00pm

6 aksesori mampu milik ini boleh buatkan anda tampak kaya

Kadangkala anda tidak perlu pun memakai pakaian berjenama mahal untuk tampak mewah, sebaliknya gunakan sahaja aksesori sebagai pelengkap gaya.

Tidak perlu beli yang mahal-mahal! Ada aksesori tertentu yang boleh memberikan ilusi mewah tetapi harga mereka tidaklah begitu membebankan. Anda cuma perlu pilih variasi yang betul.

Bagi anda yang telah laburkan banyak wang demi sambutan Aidilfitri bulan lepas sehinggakan tidak banyak yang tinggal, bolehlah mencuba helah ini yang dikongsikan oleh WhoWhatWear.

Nescaya apabila anda keluar rumah, orang lain akan menganggap yang anda ini memang betul-betul seorang yang ‘ada-ada.’

1. Beg mini dengan pemegang di atas

Foto: HerMoney

Tidak kiralah anda sedang menggayakan seluar denim ataupun gaun elegan yang berkelipan, untuk tampak lebih meriah, tambahkan aksesori beg tangan mini dengan pemegang di bahagian atasnya.

Gaya beg mini ini menawarkan ciri keperempuanan kepada apa jua persalinan yang anda pakai dan ia akan terus buatkan rupa keseluruhan anda tampak mewah.

2. Skarf atau tudung sutera

Foto: anSania Collection

Sutera yang tulen sangat mahal harganya, tetapi tidak mengapa. Skarf kain satin memberikan ilusi bersinar yang sama apabila dipakai. Bagi anda yang tidak bertudung, ikat skarf ini di keliling leher atau pada beg tangan.

3. Gelang atau anting-anting mutiara

Foto: Pinterest / Apollo Box

Rantai mutiara mungkin akan tampak terlalu ekstra, jadi pakai saja gelang atau anting-anting mutiara yang tidak begitu menonjol. Anda tidak pun perlu membeli mutiara asli!

Pakai dengan sweater berwarna perang dengan cermin mata berwarna neutral.

4. Kasut kulit buaya

Foto: Damart

Selain untuk barangan beg tangan, material kulit buaya tiruan juga sudah mula digunakan secara meluas bagi produk kasut.

Gunakannya untuk tambahkan keanggunan kepada seluar denim, skirt atau dress bunga anda.

5. Cermin mata hitam berbentuk mata kucing

Foto: Pinterest

Lagi sekali, tidak perlu beli cermin mata yang mahal-mahal, asalkan ia berbentuk mata kucing. Bentuk aviator atau yang bulat sudah selalu sangat orang pakai!

Sebaliknya, pilih gaya mata kucing yang tampak vintage tetapi tetap menambahkan ciri kewanitaan.

6. Sepit rambut

Foto: wawa paradise

Bagi anda yang tidak bertudung, anda tidak perlu habiskan banyak masa atau wang untuk menghias rambut.

Gunakan saja satu atau beberapa keping sepit rambut sebagai penggaya rambut dan anda akan tampak seperti anda baru saja keluar daripada salun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Hukum memakai gincu ketika berpuasa yang sering dipandang remeh

Bersolek boleh tetapi biar berpada-pada

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

7 Tip Atau Hack Yang Anda Patut Tahu Jika Anda Selalu Memakai Seluar Jeans

Salah satunya ialah cara untuk tahu saiz yang sesuai tanpa perlu memakainya dulu.

Oh Lawa Tue, 12 Feb 2019

30 foto ini menunjukkan evolusi gaya rambut pelakon jelita Jennifer Aniston sejak 1990

Satu daripadanya digelar “The Rachel” sempena wataknya dalam siri televisyen Friends.

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Featured Tue, 22 May 2018

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Featured Wed, 27 May 2020

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Bahan kaya antioksidan buat kulit tampak remaja

error: Content is protected !!