Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah March 27, 2025 @ 6:08pm

16 Iklan Raya Best Tahun Ini, Pasti Buat Korang Tersentuh Hati & Tersenyum!

Setiap kali Aidilfitri menjelang, iklan raya menjadi antara perkara yang dinantikan. Pelbagai jenama berlumba-lumba menghasilkan video yang mampu mengusik emosi, mencetuskan gelak tawa, dan menghidupkan semangat Syawal.

Tahun ini pun tak kurang hebatnya! Dari kisah penuh pengajaran hingga komedi santai yang menceriakan, ada banyak iklan menarik yang wajib ditonton. Jom tengok senarai 16 iklan raya paling best tahun ini, confirm buat hati tersentuh dan senyum sampai telinga!

1. Mirinda – Balik Rayaaahhh!

Mirinda mempersembahkan trailer raya Abah Saya Uncle Mike | Balik Rayaaahhh! filem yang bakal ditayangkan pada Ogos 2025 ini. Mengisahkan Mike Tong, seorang lelaki Cina yang membesarkan tiga anak angkat Melayu, kisah ini meraikan kasih sayang dan kebersamaan tanpa mengira bangsa. Sarat dengan nilai kemanusiaan, ia mengingatkan kita bahawa Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi tentang kekeluargaan dan persaudaraan sejati!

2. Anak Siapa Ni? – PETRONAS

PETRONAS menghadirkan kisah menyentuh hati tentang perjalanan Rafi, yang menemukan makna sebenar persaudaraan melalui pertemuan penuh ikhlas. Dalam setiap langkah, dia belajar bahawa ikatan yang tulus tidak diukur dengan darah, tetapi dengan keikhlasan dan kebersamaan.

3. IJM Land – Tiket Bas Sehala

Dalam perjalanan pulang ke kampung, Haikal tertidur di dalam bas, tetapi terjaga dalam sebuah ‘mesin masa’ yang membawanya ke memori silam. Setiap hentian mengungkap kenangan berharga—keluarga, cabaran hidup, dan momen kecil yang membentuk dirinya hari ini. Iklan ini mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan bukan sekadar destinasi, tetapi juga tentang menghargai masa lalu.

4. Kiehl’s – Cahaya Raya

@mykiehls

Ep. 1: Puas betul tengok Raya jerit macam tu. Kalau korang pula, agaknya apa yang buat korang rasa nak menjerit sekarang? Nantikan episod #KiehlsCahayaRaya seterusnya yang akan datang tak lama lagi! #MYKiehls

♬ original sound – Kiehl’s Malaysia – Kiehl’s Malaysia

Kiehl’s mempersembahkan Cahaya Raya, mini siri eksklusif yang menginspirasi tentang keyakinan dan keindahan diri. Bukan sekadar kisah cinta, tetapi perjalanan menyentuh hati dalam mencari sinar sebenar dalam diri. Tahun ini, Kiehl’s tampil dengan sesuatu yang berbeza, membawa cerita yang penuh makna dan inspirasi!

5. PTPTN – Seriuslaahhh! 

Raikan Syawal dengan lebih meriah dan menangi duit raya lebih RM200,000! Hanya simpan serendah RM100 (Prime) atau RM50 (Plus) di Simpan SSPN. Lebih banyak simpanan, lebih cerah peluang untuk menang!

6. CelcomDigi – Syukur 

Di sebalik ujian yang mendatang, Melor mencari sinar harapan untuk menyambut Aidilfitri. Mampukah dia mengubah dugaan menjadi kekuatan dan berkongsi kebahagiaan dengan ibunya? Sebuah kisah penuh emosi tentang ketabahan, kasih sayang, dan erti sebenar Syawal. Siap ada penampilan istimewa dari Yuna!

7. Watsons – Raya Terunggul 

Watsons dengan iklan raya epik memang tak dapat dipisahkan! Tahun ini, Watsons kembali dengan Raya Terunggul, sebuah filem pendek penuh aksi, gelak tawa, dan semangat kekeluargaan. Lebih epik, ia menyatukan tiga karakter legenda iaitu Adnan Sempit, Mami Jarum, dan DCP Datuk Helmi dalam satu misi istimewa.

8. Takaful Ikhlas – Raya G.P.T 

Takaful IKHLAS membawakan kisah tiga sepupu yang terlalu bergantung pada teknologi, sampai nak beraya pun kena rujuk Chat GPT! Dengan gelagat mencuit hati dan barisan pelakon seperti Nabila Razali, Fimie Don, dan Dalia Farhana, Raya mereka penuh kejutan. Persoalannya, jadi ke tak jadi raya kali ini?

9. Agrobank – Terimalah Mama & Papa 

Sepasang ibu bapa mualaf menanti kepulangan anak mereka untuk menyambut Syawal, namun kehadirannya tetap dinanti tanpa kepastian. Justeru, di saat harapan hampir pudar, sebuah kepulangan yang lebih bermakna akhirnya menjelma. Anak mereka bukan sekadar pulang, tetapi membawa hadiah terindah, penerimaan dan kasih sayang tanpa syarat.

10. Tropicana – Kekalkan Tradisi Di Mana Saja 

Bagi Aizat, beraya di KL lebih mudah, tapi bagi keluarganya, kampung adalah jiwa tradisi. Dalam video raya Tropicana 2025 Kekalkan Tradisi Di Mana Saja!, dia perlahan-lahan memahami erti sebenar Aidilfitri. Namun, di sebalik kemeriahan, satu kejutan mengubah segalanya.

11. Fanta – Mesrakan Raya Dengan Fanta

Tahun ni Fanta cipta kelainan dengan mempersembahkan lagu raya yang buat korang rasa nak berjoget sambil minum Fanta! Dengan lirik yang catchy dan vibe yang ceria, lagu ni memang wajib masuk playlist raya korang.

12. SIRIM – Budak Kucing 

Tahun ni, SIRIM tampilkan iklan raya yang menyentuh hati, bertajuk “Budak Kucing & Teknologi SIRIM” membawa mesej kasih sayang, empati, dan keprihatinan, bukan je untuk manusia, tapi juga untuk haiwan.

13. ASNB – Amanah Sulung 

Anak sulung sering memikul tanggungjawab tanpa mengeluh, mengutamakan keluarga melebihi diri sendiri. Aidilfitri ini, hargai pengorbanan mereka yang sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan.

14. Cosmoderm – Mahsuri & 5 Permaisuri 

Korang boleh bayangkan tak kalau para lelaki hilang di muka bumi ni selama 7 tahun? Inilah yang terjadi dalam kisah raya epik Cosmoderm – Mahsuri Tersalah Sumpah!

Kini lima Permaisuri perlu menghilangkan sumpahan tersebut dan memulihkan Raya, di samping mencari rahsia sebenar kecantikan Mahsuri.

15. Grab – Kebaikan Dalam Setiap Pesanan 

Iklan raya Grab tahun ini menampilkan kisah sebenar dari rakan pemandu dan penghantar yang mencari rezeki setiap hari. Setiap pesanan membawa erti, bukan sekadar perjalanan tetapi juga sumber kebahagiaan. Raikan Ramadan dan Syawal dengan berkongsi kebaikan bersama Grab!

16. redONE – Setulus Hati Aman & Iman 

redONE Mobile mempersembahkan Setulus Hati Aman & Iman, kisah pagi raya yang penuh kecoh dan kelakar di rumah Mak Tok. Dengan keletah nakal Aman dan Iman, tak semena-mena Paksu jadi tak keruan! Nak tahu apa yang jadi? Jom tonton dan enjoy gelak tawa bersama!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Ramadan Fri, 7 Apr 2023

Dikenakan Mengikut Kadar Beras Yang Di Makan, Tunaikan Pembayaran Zakat Fitrah Korang Sekarang!

Warga Selangor, korang dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang. Semoga dengan perbuatan kita ini, orang disekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Rebut Tawaran Sehingga RM1.5 juta Bersama LBS Fabulous Extraaaa 2023

Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan tawaran eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi kempen ‘LBS Fabulous Extraaaa 2023’. Lebih menarik, pembeli rumah bagi mana-mana projek […]

Replicated Draft Mon, 8 Apr 2024

[VIDEO] Raya Dah Tak Sama? Iklan Raya Ni Kongsi Momen Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua!

Bukan mudah nak biasakan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi apabila hampir kesemuanya berbeza. Adakah raya masih sama? Bagaimana pula dengan juadah yang ada? Banyak persoalan yang akan bermain di minda. Tetapi itu bukan halangan untuk […]

Replicated Draft Tue, 25 Mar 2025

Nikmati Kopi SUPER™ Sepanjang Ramadan, Mood Padu Setiap Hari!

Bulan Ramadan bukan sekadar waktu menahan lapar dan dahaga, tapi juga bulan penuh kenangan dan kebersamaan. Dari sahur yang masih mengantuk sampai berbuka yang penuh kenikmatan, satu perkara yang boleh buat hari korang lebih menyegarkan […]

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Replicated Draft Wed, 30 Aug 2023

Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Saja? Ini Kata Mereka Tentang Eucerin ProACNE Solution!

Memiliki kulit wajah bebas jerawat memang menjadi idaman setiap orang diluar sana baik lelaki ataupun perempuan. Anda tengah struggle dengan masalah kulit berjerawat?    Jika anda mempunyai masalah seperti diatas, anda kemungkinan mempunyai masalah kulit berjerawat. […]

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Kaki Kumpul Hati Beri Senyuman Sempena Aidilfitri

Syarikat pengeluar minyak dan gas yang semakin menempa nama di Malaysia, Petron, terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengguna setia mereka. Selepas lebih sepuluh tahun berada di pasaran minyak Malaysia, Petron terus komited dengan visinya […]

Replicated Draft Thu, 18 May 2023

Beras Jati Sambut Ulang Tahun Ke-30, Cipta Rekod Hasilkan 3 Tan Beras Untuk Disumbangkan

Jenama beras terkemuka Jati, baru-baru ni menyambut ulang tahun ke-30 mereka. Haa.. Siapa tak tahu beras Jati kan? Jenama beras ni dah sinonim sangat dengan kita orang Malaysia yang wajib makan nasi hari-hari. Bagi meraikan […]

Anugerah Mon, 20 Mar 2023

Alha Alfa Dimensikan Anugerah Gilang Gemilang AJL 37!

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics pada malam 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dengan 5.4 juta capaian tontonan di TV3 dan 1.75 juta capaian di platform digital. Sementara […]

error: Content is protected !!