Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 19, 2023 @ 1:48pm

Kaki Kumpul Hati Beri Senyuman Sempena Aidilfitri

Syarikat pengeluar minyak dan gas yang semakin menempa nama di Malaysia, Petron, terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengguna setia mereka.

Selepas lebih sepuluh tahun berada di pasaran minyak Malaysia, Petron terus komited dengan visinya untuk menjadi pembekal terkemuka dalam memberikan penyelesaian untuk pelanggan dalam sektor minyak dan perniagaan yang berkaitan.

Bersempena dengan kedatangan hari raya Aidilfitri tahun ini, Petron tidak terlepas dari membawakan iklan raya pendek yang pastinya menyentuh hati para pengguna setia mereka.

Kaki Kumpul Hati

Iklan raya bertajuk Kaki Kumpul Hati ini mengisahkan tentang RON yang suka mengumpul baucar dan mata ganjaran melalui aplikasi Petron Miles.

Sewaktu menebus mata ganjaran di stesen minyak Petron, RON bertemu dengan kenalan zaman kanak-kanaknya iaitu Putri Elisya Tasnim (P.E.T) yang bekerja sebagai juruwang, dan cinta mereka mula berputik.

Namun, tabiat lama RON yang sering membuat catatan rahsia di dalam buku ‘555’ semakin menjengkelkan Putri.

Akhirnya, RON terpaksa berterus terang kepada Putri bahawa semua baucar percuma dan hadiah yang ditebus melalui mata ganjaran Petron adalah untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.

Walaupun RON sendiri tidak berjaya menamatkan pelajarannya di Jerman dan pulang menjaga ladang kelapa sawit bersama ibunya, ini tidak bermakna RON tidak boleh membantu orang lain untuk berjaya.

Mesej yang ingin sampaikan melalui iklan raya Petron ini ialah walau sekecil mana rezeki yang dikongsi, ianya mampu memberi impak yang besar terhadap seseorang.

Pelan setia pelanggan Petron melalui aplikasi Petron Malaysia

Petron bertekad untuk mengukuhkan lagi kumpulan pengguna setia mereka serta fokus  kepada penggunaan aplikasi setia pelanggan melalui pemberian  insentif yang lebih menarik.

Oleh itu, melalui kempen setia pelanggan Kad Petron Miles dan aplikasi Petron Malaysia, pelanggan setia Petron dapat menikmati lebih manfaat daripada penjimatan wang dan petrol apabila mengepam di stesen minyak tersebut.

Terdapat pelbagai baucar dan promosi dari rakan perniagaan yang boleh ditebus oleh pelanggan.

Kad Petron Miles membolehkan pengguna mengumpul mata tanpa had di lebih 750 stesen Petron seluruh Malaysia dan mata terkumpul mereka boleh disemak dengan mudah melalui aplikasi Petron Malaysia.

Dengan setiap satu liter isian minyak di Petron, pengguna akan mendapat dua mata ‘Duit Minyak’ yang mana mata tersebut akan membolehkan mereka menebus petrol dengan kadar harga RM5, RM20 dan RM45.

Mata terkumpul ini juga boleh digunakan untuk menebus minyak masak dan beras di kedai-kedai runcit yang terdapat di stesen minyak Petron sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Keselesaan pengguna jadi keutamaan

Bertepatan dengan misi utama Petron sebagai penyedia penyelesaian utama kepada pelanggan, Petron telah siapsedia dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pelanggan di setiap stesen mereka sempena musim perayaan ini.

Di bawah kempen ‘Tandas Kita Bersih’, pengusaha stesen minyak serta kakitangannya juga memastikan tandas dan surau sentiasa bersih, berfungsi, dan kering sepanjang masa.

Usaha ini sememangnya dapat menambat hati para pengguna lebuhraya dan menjadi sebab utama mengapa orang ramai memilih untuk menjadi pelanggan setia syarikat petrol itu.

Menyedari akan hal ini, Petron bakal menambah baik kemudahan sedia ada di stesen minyak mereka seperti kedai runcit yang menjual pelbagai jenis barangan, kafe, kemudahan mencuci kereta, surau, tempat letak kereta dan pelbagai kemudahan lain.

Perjalanan pulang ke kampung halaman kini lebih mudah dengan kehadiran stesen minyak Petron yang pastinya memberikan kemudahan buat semua.

Layari laman sesawang Petron Miles untuk muat turun aplikasi Petron Malaysia. Ikuti arahan untuk mendaftar dan mengumpulkan mata ganjaran bagi menebus hadiah serta baucar menarik seperti RON dalam iklan Raya Petron.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi atau kunjungi Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok Petron Malaysia sekarang.

Tonton versi penuh iklan raya Petron di bawah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Fri, 1 Nov 2019

Rakyat Singapura Takut Lipas Lagi Daripada Mati

Lain orang lain takutnya bukan ?

Featured Fri, 11 Nov 2022

Pemergian Amat Mengejut, Hun Haqeem Dedah Sifat Sebenar Allahyarham Syazlin Zainal – “Tak Lokek Senyuman”

Sayunyaa, arwah Syazlin sangat baik orangnya 🥺 Semoga roh arwah berada dalam kalangan orang beriman ❤️

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Mon, 16 Feb 2026

Konsert Ambivert Kuala Lumpur Jadi Saksi, Raisa Abadikan Pesan Terakhir Arwah Ibu Dalam ‘Kuharap Duka Ini Selamanya’

Menurut Raisa, pemergian ibunya, Ria Mariaty Rachmat Ardiwinangoen menjadi fasa paling sukar pernah dilaluinya.

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Hiburan Sun, 5 Oct 2025

MPO Bawa Penonton Jelajah Dunia Lagenda Menerusi Simfoni Tujuh Watikah

Konsert ini membawa penonton menyusuri perjalanan muzik dan pendidikan yang sarat nilai budaya serta imaginasi.

error: Content is protected !!