Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 13, 2022 @ 12:52pm

[VIDEO] “Siapa Afifah Ni Sayang?!” – Sampai Tergagap-Gagap, Neelofa Cemburu Dengan PU Riz

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa meluahkan rasa cemburu apabila ada netizen yang mengusik suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menerusi perkongsian di TikTok @lofa.world, Neelofa sedang membuat sesi ‘live’ dan membaca komen yang ditujukan untuk PU Riz berkenaan seorang wanita.

“Ada orang tanya ‘Ustaz jangan cari ustazah Afifah pulak’. Siapa Afifah ni sayang?!,” tanya Neelofa dengan nada cemburu.

“Eh kita pulak. You jangan eh. Tiba-tiba nak masuk campur entah siapa-siapa ni. Kau keluar sekarang. Tak pasal-pasal kau ni (dituju kepada netizen yang bertanya),” jawab PU Riz.

Kemudian, Neelofa tergagap-gagap memberi andaian bahawa wanita tersebut ialah kenalan semasa di universiti suaminya.

“Budak u.. budak u.. budak u..u dulu ke?,” ujar Neelofa.

Secara spontan PU Riz mengajuk semula caranya tergagap dan memberitahu tidak mengenali wanita bernama Afifah itu.

@lofa.world dia tengok suami dia tu macam nk terkam dah🤣 #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #FYP #fypシ #InnaiNunHa ♬ original sound – lofa.world

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Neelofa yang cemburu sehingga gagap dan wajah PU Riz yang kelihatan agak gelisah.

“Sampai tergagap Lofa. Haris pulak buat main-main.

“Seram laki dia nak jawab. Silap jawab habis.

“Hahaha dua-dua tergagap-gagap,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Sep 2019

Impian Anak Jati Pahang ke Sukan SEA Menjadi Kenyataan

Dari Kampung Cherating ke Manila, Filipina…!

Hiburan Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Featured Fri, 14 Feb 2025
Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Tue, 23 Jul 2024
Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Fab Foodies! Mon, 20 May 2019

The Amazing Ondeh-Ondeh Muffin is Back in Starbucks + New Desserts

You can break fast with a quick bite from Starbucks when you’re on-the-go.

error: Content is protected !!