Euforia Bola 2026
Trending By: Del14 September 30, 2019 @ 9:55pm

Impian Anak Jati Pahang ke Sukan SEA Menjadi Kenyataan

Segala jerih payah selama ini akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan apabila lima orang anak jati Pahang yang hampir seumur hidup mereka berkecimpung di dalam sukan ekstrim luncur ombak hari ini diumumkan secara rasmi untuk mewakili Malaysia di acara luncur ombak di Sukan SEA Filipina 2019.  Ini merupakan pertama kalinya acara luncur ombak ditawarkan di temasya dwitahunan tersebut yang akan berlangsung di Manila, Disember depan.

Yen (kanan sekali) ketika sesi sidang media pagi tadi ditemani Pengurus pasukan Mohd Faisal Daud (tengah) dan Jurulatih Abu Bakar Abd Manaf (kiri sekali).

Pada sidang media yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, peluncur ombak kategori shortboard Mohd Nazrin Nasruddin atau lebih dikenali dengan panggilan Yen dari Kampung Cherating, Pahang ini memberitahu bahawa beliau membuat persiapan dengan menyertai beberapa pertandingan di luar negara di bawah bimbingan SAFARI X, sebuah syarikat milik anak tempatan Malaysia yang sangat bersemangat dalam membangunkan sukan luncur ombak khususnya di Cherating. 

Beliau bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh berbagai pihak khususnya SAFARI X yang telah membantu beliau dengan program latihan di Batu Karas, Indonesia, Phuket, Thailand, Bali, Indonesia, dan Chennai, India semenjak bulan Mei lalu bersama-sama tiga lagi atlet luncur ombak yang terpilih mewakili negara; juga merupakan atlet bimbingan SAFARI X.  Malah rakan seperjuangan Muhammad Didaqt Musaddiq tidak dapat hadir di MSN hari ini kerana masih dalam perjalanan pulang dari Sri Lanka, kerana menyertai siri kelayakan World Surf League juga atas tajaan penuh SAFARI Xtreme Sports & Events yang beribu pejabat di Subang, dan mempunyai cawangan di Kampung Cherating, Pahang.

Semmy ketika beraksi di Chennai, India baru-baru ini.

Safari Xtreme telah menganjurkan beberapa acara sukan luncur ombak di Cherating Pahang dalam usaha mencari bakat baru tempatan semenjak tahun 2017.  Bermula tahun lalu, syarikat ini telah mula memberi pendedahan antarabangsa kepada peluncur-peluncur ombak terpilih dari Cherating bagi membantu anak-anak muda dari Pahang ini untuk menimba pengalaman berluncur ombak di peringkat antarabangsa.

Aksi Didaqt ketika menyertai pertandingan di India.

Selain Yen, 25 tahun, Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) juga mengumumkan Didaqt 24, Suhaimi Hassan atau lebih dikenali sebagai Semmy 24, Mona Rasidah Abdul Rashid atau Moena 34, dan peluncur muda Alia Erika yang baru berumur 16 tahun sebagai barisan atlet yang akan menggalas cabaran negara untuk membawa pulang pingat Disember ini.

Peluncur ombak hijabhista Moena ketika sesi latihan.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau di SUKAN SEA nanti, Yen meluahkan harapan besar beliau dan rakan-rakan seperjuangan untuk dapat mengharumkan nama negeri Pahang, negara tercinta Malaysia di peringkat antarabangsa, sekaligus memajukan sukan luncur ombak di Malaysia dan Asia Tenggara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Kalau Keluar Dari Rumah Ini, Hidup Akan Merana Sebab Dunia Luar Terlalu Keras” – Aliff Syukri Tegur Anak-Anak Jangan Leka Dengan Kemewahan

Aliff menjelaskan dia sengaja tidak mahu membiasakan anak-anak dengan kehidupan terlalu mewah kerana mahu mereka lebih bersedia

Trending Wed, 5 May 2021

Bila Kediaman Selamat, Boleh Raya Dengan Gembira… Jom Semak 6 Barangan Wajib Dimiliki Untuk Membersih & Disinfeksi Rumah!

Raya hampir tiba! Mesti semua excited nak sambut Raya kan? Tapi Raya, Raya juga, sebelum nak sambut Raya tu anda kena bersihkan rumah dulu! Masa Raya ni, kebersihan merupakan aspek yang paling penting sebab masa […]

Trending Tue, 17 Apr 2018

Takut Tidur Sendirian Alasan Remaja Ini Berkahwin Di Bawah Umur

Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Featured Mon, 10 Nov 2025

Ibu Hafiz Suip Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip iaitu, Halizawati Salleh, 62, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Trending Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Tue, 18 Jun 2024

“Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

Soal jodoh ni bukan terletak pada tangan kita.. doa yang baik-baik. Stay Strong, Zara Zya!

Acara Fri, 30 Jun 2023

SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Wah dah tak lama lagi mesti gempak habis!

error: Content is protected !!