Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2025 @ 4:20pm

18 Tahun Hidup Solo, Fauziah Latiff Belum Terbuka Hati Jalin Hubungan Cinta.. Mahu Fokus Jaga Ibu

Penyanyi Fauziah Latiff masih belum terbuka hati untuk kembali menjalinkan hubungan cinta atau mendirikan rumah tangga.

Selepas melalui dua kegagalan dalam perkahwinan, Fauziah, atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 55, memberikan keutamaan untuk menjaga ibu yang sudah berusia.

Menurut penyanyi lagu Enggan ini, ibunya merupakan insan paling penting dalam hidup dan dia mahu terus berbakti selagi mampu.

“Alhamdulillah saya selesa dengan keadaan sekarang sebab kalau nak fikir mengenai perkara itu, diri sendiri pun tak terjaga. Apatah lagi kalau nak menjaga orang pula.

“Sekarang ini saya gembira Alhamdulillah. Saya menjaga mak sekarang, itu tanggungjawab sebagai anak kerana dia juga nyawa saya.

“Ini adalah giliran saya untuk menjaga mak. Kalau nak fikir perkara lain, nanti dulu. Saya rasa belum masanya lagi,” katanya.

Fauziah ditemui selepas membuat persembahan sebagai penyanyi undangan dalam Konsert JessC di Arena of Stars, pada Selasa.

Tambah Fauziah, dia berada dalam fasa memperbaiki diri dan mencari ketenangan menerusi perkara-perkara positif.

“Untuk masa sekarang, saya percaya masih banyak perlu perbaiki termasuk mengenali diri dan persekitaraan. Jadi, sebab sekarang sudah akhir zaman.

“Apa-apa yang boleh buat saya untuk terus positif dan tenang, saya akan memilih itu. Macam sekarang ini, saya banyak menjaga mak kerana dia adalah nyawa saya, maksudnya dia segala-galanya.

“Saya bersyukur dengan perkara itu, malah boleh katakan sebagai penyelamat,” jelasnya.

Dalam masa sama, Fauziah turut berkongsi tempoh sekarang adalah masa yang sesuai untuk lebih menghargai diri sendiri, selain mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai.

“Kita tak tahu usia ini sampai bila, jadi ia jadi peringatan kepada diri untuk lebih menghargai. Jadi, kita perlu terus menghargai diri sendiri dan saya juga minta untuk doa baik-baik kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Anak muda sekarang pun ramai yang sudah mengalami banyak masalah kerana tak boleh sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Saya fikir perlu kuatkan psikologi sendiri dan jadikan apa yang berlaku di sekeliling sebagai peringatan.

“Kita memang ada masa buat kesilapan, tapi dengan itu kita boleh tahu apa yang perlu dielak pada masa akan datang,” katanya.

Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada tahun 1992, namun bercerai selepas tiga tahun.

Lima tahun selepas berstatus solo, beliau berkahwin kali kedua dengan usahawan Johan Indot di London, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2007.

Hasil perkahwinan keduanya, Fauziah dikurniakan dua anak lelaki, Jeffri Joaquim, 26, dan Jeremy Jay, 24.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Sun, 23 Mar 2025
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

李欣怡跨界当编剧!导演陈立谦对其创作甚感满意

李欣怡跨界当编剧,创作网剧《很红又怎样》!剧本让导演陈立谦大赞且十分满意~

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Trending Fri, 21 Aug 2020

Kluster Baharu Di Sarawak, 4 Positif Covid-19

sentiasa berwaspada dan jangan lalai

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Dongho and His Father Speak Up About the Divorce Rumours

Hopefully baby Asher will be alright through it all.

Featured Thu, 10 Mar 2022
error: Content is protected !!