Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:38pm

Sedia Berkolaborasi Lagi, Fazura Puji Syasya Rizal – “Saya Nampak Dia Paling Menyerlah”

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura mengakui tidak menyangka lagu berjudul Pum Pang Raya duet bersama Syasya Rizal mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Ketika ditemui XTRA, Fazura berkata pada awalnya dia tidak meletakkan sebarang harapan terhadap lagu tersebut dan hanya melalukan perkara yang disukainya.

“Kami tak jangka lagu ini meraih 1 juta tontonan di YouTube. Tak meletakkan harpaan yang tinggi, cuma nak berseronok buat apa yang kami suka,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Fazura turut memaklumkan dia terlibat dalam pengubahan lirik menjadikan ia lebih menarik.

“Alhamdulillah, sebagai produser saya ada ubah sedikit lirik asal. Mulanya ada bahagian lirik ‘membawang’, tapi ubah kepada ‘jangan mengumpat’.

“Saya gembira dapat hasilkan sebuah lagu yang ada mesej positif. Boleh amalkan untuk diri sendiri dan orang di luar sana,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Pum Pang Raya Fazura & Syasya, di Sunway Putra Mall, Sabtu lalu.

Berkongsi mengenai kerjasama bersama Syasya, Fazura mengakui kagum dengan bakat penyanyi bekas kumpulan Dolla, malah tidak menolak untuk berkolaborasi lagi.

“Sebelum ini saya pernah mengundang Dolla untuk satu persembahan, jadi saya lebih ingat Syasya, saya nampak dia paling menyerlah. Ahli lain juga tetap berbakat, tetapi saya lebih mengenali Syasya.

“Jika diberi peluang, saya nak berduet lagi. Mungkin lagu ke arah memperkasakan wanita pula,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Thu, 7 May 2026

“RM1,300 Saja… Minta RM3,000 Tak Dapat Pun” – Fatin Afeefa Minta Netizen Berhenti Bergaduh Isu Nafkah Anak

Fatin Afeefa memberi pesanan kepada netizen untuk berhenti berbalah berhubung isu nafkah anak perempuannya, Ivy Hera Sophia. 

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

启动全球亚洲心动娱乐!重兵进驻马来西亚打造影视城

亚视进攻OTT平台,启动全球亚洲心动娱乐;同时亦宣布四大区域管理层,并誓言将重兵进驻马来西亚打造影视城。

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

4 Filem Terbaik Di TV3 Sepanjang September Ini!

TV3 akan sentiasa menemani hujung minggu anda dengan 4 filem box-office terbaik dan berkualiti pada setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11.30 malam sepanjang bulan September ini menerusi Magnificent 8. Pastinya menghiburkan kerana filem-filem yang […]

Hiburan Sun, 10 Feb 2019
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

PANAS! FARID KAMIL DITAHAN, TAMPAR ANGGOTA POLIS 

Difahamkan, Farid bertindak demikian selepas petugas di kaunter menunjukkan mesej “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja” dan bertanyakan tentang isu tersebut

Hiburan Fri, 3 Jan 2025

[VIDEO] Perniagaan Sate Bhalut Didakwa Terlalu Mahal, Ini Penjelasan Mark Adam

Sate Bhalut didakwa mahal, Mark Adam perjelas kos perbelanjaan

error: Content is protected !!