Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 11, 2018 @ 10:50am

PANAS! FARID KAMIL DITAHAN, TAMPAR ANGGOTA POLIS 

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi yang melibatkan pelakon bergelar Datuk iaitu Farid Kamil. Beliau ditahan dan disoal siasat berhubung kes kemalangan jalan raya yang berlaku tengah hari tadi. Namun, apa yang memeranjatkan ialah apabila beliau telah menampar seorang anggota polis dan beberapa orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara ketika ditanya mengenai tujuan laporan yang ingin dibuat.

Gambar Farid Kamil ketika ditahan di Balai Polis Kota Damansara

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid Kamil hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya. 

“Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam. Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain.”

 

Difahamkan, Farid bertindak demikian selepas petugas di kaunter menunjukkan mesej “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja” dan bertanyakan tentang isu tersebut.

Aksi Farid Kamil dalam salah satu filemnya

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din juga berkata, Farid kini sedang dalam tahanan dan soal siasat mengikut seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan. 

“Setakat ini, kita menahan pelakon itu untuk membantu siasatan. Sekiranya siasatan tidak lengkap, kita akan reman beliau esok pagi” Kata Mohd Zani.

Farid Kamil setelah menerima gelaran Datuk

Farid Kamil baru sahaja dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

邓紫棋高EQ回应陈冠希「让音乐作品去说话」

「铁肺女王」邓紫棋来马出席《饥饿30》倒数活动,与1万5000人齐聚沙阿南美拉瓦迪室内体育馆;谈及近期她为《中国新说唱》担任制作人遭陈冠希挑衅不会饶舌,她高EQ回应“让音乐作品去说话。”

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Fab Foodies! Wed, 28 Nov 2018
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

李佩玲开唱哭成泪人 现场向林宇中求婚?

2016年凭着第一季《中国新歌声》爆红的Jeryl李佩玲,9日举办人生第一场演唱会;今年年满18岁的她,坦言一路走来不容易,在演唱会三度上哭成泪人。

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

Haa Sarah kata kalau ada jodoh, adalah ye…

Featured Wed, 22 Sep 2021
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin rancang bercuti luar negara dengan Fatima

Featured Tue, 3 Dec 2024

Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta

100 peserta yang bertuah itu diperkenalkan sekaligus layak merebut tempat ke top 12 CSOIAM yang bakal berlangsung 22 Disember nanti.

error: Content is protected !!