Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 3, 2024 @ 5:25pm

Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta

Selepas 15 tahun menyepi, program pencarian bakat popular, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali menemui penonton dengan memperkenalkan senarai 100 peserta yang lolos pada ujibakat di tujuh buah lokasi yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi satu sidang media yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya, kesemua 100 peserta yang bertuah itu diperkenalkan sekaligus layak merebut tempat ke top 12 CSOIAM yang bakal berlangsung 22 Disember nanti.

CSOIAM kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Calpis dan rakan penaja iaitu Peugeot, Oppo dan Yes5G.

 

Bagi musim terbaharu, program CSIOAM bakal menggandingkan pasangan pengacara, Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.

Manakala, barisan juri tetap pula menampilkan gandingan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan penyanyi popular Indonesia,  Cakra Khan.

Mengulas lanjut mengenai format program, peserta yang berjaya bakal berentap selama tujuh minggu sebelum melangkah ke peringkat akhir pada minggu kelapan CSIOAM.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh pemarkahan juri sebanyak 60 peratus, manakala undian daripada penonton adalah sebanyak 40 peratus.

Penonton berpeluang bawa balik kereta

Untuk edisi kali ini, juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai  RM500,000, sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bernilai RM400,000 dari Alternate Records & Talent.

Lebih menarik, hadiah lumayan juga bukan sahaja menanti para peserta, tetapi para penonton di rumah berupa kenderaan jenis Peugeot Landtrek pada setiap minggu buat tujuh penonton bertuah.

Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia iaitu Tuan Jamie Francis Morais, hadiah tersebut adalah sebagai tanda keterujaan mereka menjadi penaja bersama Calpis bagi program CSOIAM.

Peugeot Malaysia berasa amat teruja menjadi penaja hadiah mingguan dan hadiah utama untuk CSOIAM selain bertujuan memberi inspirasi kepada peserta untuk menembus sempadan dan mengejar impian mereka.

Dengan tiga tonggak utama Allure, Emotion, dan Excellence, Peugeot Malaysia memberi sokongan penuh kepada kreativiti dan inovasi.

Dua model ikonik mereka Peugeot Landtrek yang gagah dan serba boleh, direka untuk menakluk kedua-dua jalan bandar dan laluan luar jalan, serta Peugeot 408 GT yang anggun dan ikonik, adalah simbol semangat revolusi jenama ini dan falsafah ‘Bahasa Tarikan’ mereka.

Kedua-duanya mendefinisikan keanggunan automotif dan pengembaraan sejati.

Buat para peminat yang sudah lama menantikan program popular ini, nantikan konsert minggu pertama CSOIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember 2024.

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan CSOIAM Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

[VIDEO] “Leka Fikir Dunia Sampai Lupa Rakaat Solat” – Joey Daud

Joey Daud leka fikir masalah dunia sampai lupa rakaat solat

Featured Fri, 15 Aug 2025

“Hebatnya Doa Ni Kadang Baru Terlintas Dalam Hati, Allah Dah Makbulkan” – Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi kelebihan dan kehebatan berdoa.

Events Fri, 4 Jan 2019

Harga Minyak Turun Malam Ini

Apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Tue, 3 Jun 2025

[VIDEO] Nabila Razali Ajak Orang Ramai Datang Kenduri Aqiqah Anak Di Kelantan

Nabila Razali akan mengadakan majlis akikah untuk anak sulung

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Sun, 19 Apr 2026

Sebak Dapat Lolos AJL40, Wani Kayrie Dedah Pernah Hampir Berputus Asa

Wani Kayrie tak dapat menahan sebak apabila lagunya lolos ke AJL40.

Featured Thu, 26 Sep 2019
error: Content is protected !!