Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2026 @ 4:13pm

“RM1,300 Saja… Minta RM3,000 Tak Dapat Pun” – Fatin Afeefa Minta Netizen Berhenti Bergaduh Isu Nafkah Anak

Pelakon, Fatin Afeefa memberi pesanan kepada netizen untuk berhenti berbalah berhubung isu nafkah anak perempuannya, Ivy Hera Sophia.

Menerusi ciapan di Threads miliknya, Fatin atau nama lengkapnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, menegaskan dia hanya menerima wang nafkah sebanyak RM1,300 bukan RM3,000 seperti didakwa segelintir pihak.

“Jangan lah bergaduh. RM1,300 sahaja, bukannya RM3,000. Minta RM3,000 tapi tak dapat pun. Aduhai,” katanya.

Dalam hantaran sama, aktres filem Tentang Bulan itu juga menjelaskan suaminya dituntut membayar yuran sekolah mengikut perintah rasmi mahkamah.

“Dulu tak mahu bayar (yuran/perbelanjaan) sekolah sebab tiada perintah (arahan/mahkamah), sekarang sudah ada perintah, kenalah bayar sekolah. Itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Fatin meluahkan rasa lega dan syukur apabila kes tuntutan nafkah bulanan membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia terhadap bekas suaminya, aktor, Adam Shahz akhirnya dapat dinaikkan.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Fatin memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah memutuskan Adam berkemampuan untuk memberi nafkah serta menanggung yuran sekolah.

Artikel Berkaitan: Berjuang Selama Tiga Tahun, Fatin Afeefa Luah Rasa Syukur Tuntutan Nafkah Bulanan Anak Dinaikkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Featured Thu, 27 Feb 2025

Mega! Konsert Ernie Zakri, Dolla & Insomniacks Bakal Gegar Singapura

Konset mega ini adalah inisiatif untuk tonjol bakat anak seni ke peringkat antarabangsa.

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Wed, 8 Jan 2025
Trending Thu, 14 Apr 2022

‘The Most Wanted’ Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Nicky Liow akhirnya serah diri setelah setahun lebih diburu.

Trending Sun, 27 Jun 2021

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram. Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang […]

Trending Mon, 21 May 2018
error: Content is protected !!