Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 6, 2026 @ 12:55pm

Berjuang Selama Tiga Tahun, Fatin Afeefa Luah Rasa Syukur Tuntutan Nafkah Bulanan Anak Dinaikkan

Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa lega dan syukur apabila kes tuntutan nafkah bulanan membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia terhadap bekas suaminya, aktor, Adam Shahz akhirnya dapat dinaikkan.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Fatin atau nama lengkapnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah memutuskan Adam berkemampuan untuk memberi nafkah serta menanggung yuran sekolah.

“Hak sentiasa ada, bukan sesuatu yang perlu diminta. Kini ia dipenuhi. Mahkamah telah putuskan, nafkah bulanan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya. Tidak lagi bergantung kepada ibu saja.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Melihat dan Maha Adil,” katanya.

Dalam pada itu, aktres filem popular Tentang Bulan itu mengakui proses yang berlarutan selama tiga tahun itu tidak mudah untuk dilalui.

“Tiga tahun bukan sekejap. Dari mengandung sampai si bongsu dah dua tahun, ulang alik mahkamah.

“Aku bertahan, aku berjuang utuk anak perempuanku Ivy. Hari in mahkamah sendiri kata dia (Adam) mampu,” luahnya.

Imbas kembali, pada 2024 Fatin menuntut kenaikan nafkah anak mereka daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan.

Adam menjelaskan dia tidak mampu selain mendakwa jumlah nafkah itu terlalu tinggi.

Sekadar info, Fatin mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai empat tahun selepas itu.

Kemudian, Fatin berkahwin dengan pilihan hatinya, usahawan Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai pada Disember 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Pendapat Ibu Tunggal Bagaimana Nak Survive Jika Bekas Suami Tak Beri Nafkah, Fatin Afeefa Respons: “Tidur 3-4 Jam Sehari, Catu Makanan Kongsi Bertiga”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Sultan Pahang Kurniakan Suami Pingat DIMP, Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Alhamdulillah, tahniah Datuk Hafez dan Datin Nelydia Senrose.

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Stadium Malawati RIUH Dengan Kemunculan Charlie Puth

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu sempat menunjukkan kehebatannya bermain piano menerusi beberapa lagu termasuk Suffer.

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?

Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Featured Wed, 6 Apr 2022

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Nak marah tapi kena sabar hm.. Sampainya hati peniaga bazar Ramadan buat macam ni

Hiburan Sun, 17 Mar 2019
Featured Sat, 4 Jun 2022

[VIDEO] Buat Hal! Norreen Iman Muntah Ketika Live Di TikTok, Teruja Dapat ‘Diamond’

Alahai jarang tak buat hal lah Norreen ni 🤣 Kembang tekak min nengoknye 🤢 Min nak pesan kalau korang tengah makan jangan gatal nak tengok video tu haha

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

导演林孝谦和编剧吕安弦「突击」戏院送花和巧克力

《比悲伤更悲伤的故事》导演林孝谦和编剧吕安弦「突击」戏院送花和巧克力!暖举感动观众高呼惊喜~

error: Content is protected !!