Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 7, 2017 @ 8:06am

BISIK PADA LANGIT BIKIN KONTROVERSI

1. BISIK PADA LANGIT
Saya bukanlah seorang penulis yang selalu mengikuti perkembangan filem tanah air, apatah lagi menyaksikan filem-filem Melayu di layar perak. Bagi saya, cerita melayu ada pro dan kontra nya. Bukan boikot, bukan poyo, tetapi itu fakta!

Tidak semua cerita melayu yang  bila sahaja kita habis menyaksikan filem tersebut, kita akan mendapat input dari cerita itu. Ada cerita Melayu yang kita pergi ke pawagam, menonton cerita itu sehingga habis tetapi, “kosong” dan ada juga yang memberi kesan sehingga kita tersedar dari lamunan.

 

Bisik Pada Langit Filem paling hangat 2017

Bisik Pada Langit, pada mulanya  saya menyaksikan filem ini saya agak tertarik dengan tajuknya sendiri. Kedua, pelakonnya. Ketiga, kasih sayang yang wujud dalam cerita ini dan  keempat, kerana Pengarahnya. Wow! (bukan sebab pengarahnya hensem ye).

Sebuah cerita yang bingkisannya tertumpu kepada kehidupan kompleks masyarakat melayu, Seorang Ayah yang tegas dengan anak-anak, anak pula ada yang iri hati sesama adik-beradik, duit tak cukup nak sambung belajar dan sebagainya.

Walupun plot dalam cerita #Bisikpadalangit ini kecik, tapi cukup memberi kesan sehingga habis cerita. Tak ada pujuk rayu,mahupun kisah cinta tahyul. Tapi, nyata masyarakat kita sekarang sudah haus dengan filem realistik yang make sense.

Kekuatan Filem ini terletak pada cerita dan persembahan para pelakonnya yang bertaraf gred A

Kekuatan filem Bisik Pada Langit terletak kepada cerita dan persembahan para pelakonnya yang bertaraf Gred A.
Bisik Pada Langit tidak memerlukan efek visual yang gah, yang mahal tetapi jalan cerita yang tersusun serta barisan pelakon yang menjadi nadi untuk menghidupkan watak sehingga cerita ini tamat.

Dari awal kita akan berteka teki ke mana arahnya cerita ini, sehingga kita menyaksikan sendiri Bisik Pada Langit. Di sini, kita tahu bahawa sejauh mana pun kita pergi, sejauh mana kita berlari menggapai mimpi, Ingat! Orang yang selalu akan mendoakan , mengingati dan menyayangi kita adalah Ibu Bapa kita.

Gandingan Jalil Hamid dan Ummi Nazeera dalam Bisik Pada Langit

Gandingan mantap Ummi Nazeera dan Jalil Hamid. Justeru, sekalung tahniah wajar diberikan kepada pengarah fotografinya, Norhanisham Muhamad atau Labu yang berjaya memberikan sentuhannya untuk membuatkan audiens tidak berkelip mata menontonnya.

Dan, apa yang lebih membanggakan, walaupun filem ini di tayangkan pada 21 September 2017 yang lepas,  filem Bisik Pada Langit ini masih mendapat sambutan di 38 buah pawagam terpilih sehingga kini. Malah jumlah kutipan nya juga sudah mencecah 3.5 juta.

Tahniah diucapkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Doa Alif Satar Dimakbulkan, Sonny Bill Williams Hadir Ke Program #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

Lain macam pengaruh Alif sampai Williams pun join #GengSubuhMacamJumaat! Alhamdulillah 🤲🏼

Hiburan Thu, 10 Apr 2025

Aprena Manrose Nafi Rumah Tangga Retak, Suami Tak Dapat Beraya Bersama Sebab Kerja

Aprena Manrose hanya merajuk dengan suami, nafi ada masalah rumah tangga

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Nana Mahazan Sedar Diri…

Setiap orang ada kelebihan masing-masing

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Motor Punya Pasal, Siti Sarah Kecewa Suami Dilabel Dayus!

Netizen pun, agak-agaklah kan bila tengah menulis?

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Mon, 14 Apr 2025

Siti Nurhaliza Sedia Berbincang, Isu 11 Lagu Dalam Simpanan Syarikat Rakaman Lama Bukan Masalah

Jika pihak SRC mahu merakamkan semula lagu tersebut dengan penyanyi lain, Siti tak ada  masalah.

error: Content is protected !!