Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 1, 2019 @ 8:24pm

Motor Punya Pasal, Siti Sarah Kecewa Suami Dilabel Dayus!

Penyanyi Siti Sarah terkejut menerima komen mengenai suaminya, Shuib yang dituduh ‘dayus’ dengan dirinya hanya disebabkan sebiji motor.

Sebelum ini, Shuib telah memuatnaik sekeping gambar memaparkan sebuah motorsikal Ysuku kuning yang baru dibelinya, baru-baru ini.

Apa yang mengejutkan adalah apabila ada di antara netizen melabel Shuib sebagai seorang yang ‘takut isteri’.

“ Tak sangka pula cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu yang besar. Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dengan isteri atau menghormati isteri ada sesuatu yang dayus,” tulisnya di Instagram.

Pelantun lagu Semakin ini juga bersyukur apabila dikurniakan suami yang baik dalam hal ini meskipun Shuib boleh sahaja membeli apa jua diimpikan tanpa meminta izin. 

“ Yang saya tak faham, lelaki-lelaki ini menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus.

“ Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka sekiranya kata-kata mereka menyakiti suamiku…Amin,” akhirinya.

Dalam post terdahulu, penyampai radio Hot FM itu memuatnaik gambar motor idamannya di Instagramnya dengan kapsyen ‘Salam Jumaat, Akhirnya dapat juga…Alhamdulillah…penat pujuk Siti Sarah,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Contohi Ruffedge, Munir Idam Phyne Ballerz Buat Comeback

Kalau kita lihat lagu-lagu zaman sekarang, banyak yang meleleh-leleh. Mungkin kami boleh cuba rakam lagu ‘R&B Meleleh’, siapa tahu kena dengan selera pendengar kan?

Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Bakal Keluar Single Pertama Dengan Alan D, Tajuk Lagu Ira Kazar Unik! 

Fuhh, lain macam ek tajuk Ira Kazar. Min vote ‘Tak Heran’!

Hiburan Mon, 28 Apr 2025

[VIDEO] Momen Anak Fattah Amin Lambai & ‘High 5’ Amira Othman Curi Tumpuan

Fatima dilihat mesra melambai dan high 5 Amira Othman

Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Mon, 13 Jan 2020

Nelydia, Raysha Rizrose Dedah Individu Ambil Kesempatan

Sabtu lalu, pelakon adik beradik Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose telah menulis satu entri di Twitter dan Instagram masing-masing mengenai seorang penuntut lelaki sebuah universiti tempatan yang dipercayai terbabit kejadian curi barang kemas milik ibu […]

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Featured Wed, 8 Mar 2023
error: Content is protected !!