Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2025 @ 10:03pm

“Kata Kurus Sebab Diet, Tapi Pakai Ozempic Pun Tak Mengaku!” – Azza Elite ‘Pedas’ Sindir Artis Didakwa Hipokrit

“Kalau pakai ozempic, mengaku sajalah!,”

Demikian teguran pedas penyanyi dan ahli kumpulan Elite, Azza yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir selebriti yang didakwa ‘berselindung’ di sebalik kejayaan menurunkan berat badan.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menegur golongan berkenaan agar tidak hipokrit mendakwa kurus hasil diet semata-mata, sedangkan hakikatnya menggunakan suntikan yang hangat diperkatakan itu.

“Kalau pakai ozempic, bagi tahu je la. Aku tanya kata ‘tak adalah diet..’ yang aku pun macam nak mampos diet dengan detox. Berat betul mata memandang, berat lagi bontot berak-berak.

“Jangan percaya semua artis kurus kata diet saja, dengan artis pun tak nak share,” tulisnya di platform Threads.

Menurut Azza, dia sendiri sedang berusaha menurunkan berat badan secara sihat tanpa bantuan ubat kurus, meskipun proses itu mengambil masa yang lama.

“Aku detox pun ambik masa okay, naik turun. Makanya aku detox dengan diet pelan-pelan. Tapi kalau ada ozempic aku bedal juga… buat masa ni aku ‘jobless’ jadi aku miskin dan aku sayang duit,” katanya berseloroh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Isteri Tampil Bersuara Isu Foto AI Remy Ishak Dengan Wanita Lain, Minta Netizen Jangan Salah Tafsir

Ezza menegaskan perkara itu tidak lebih sekadar gurauan antara mereka sebagai pasangan suami isteri

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Demi Avenger: Endgame, Penonton Sanggup Bangun Awal & Serbu Pawagam!

Ratusan peminat filem Avenger mula menunggu di premis pawagam seawal jam 6 pagi, hari ini. Filem Avenger: Endgame yang mula ditayangkan hari ini memecah rekod apabila menerima kutipan sebanyak RM10 juta bagi pembelian tiket awal. […]

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Drama Sat, 17 Dec 2022

Isi Slot Sakura TV3, Fadlan Hazim & Riena Diana Bergabung Dalam Chinta Arjuna

Drama bersiri 20 episod, Chinta Arjuna telah menemui penonton di kaca televisyen bermula 13 Disember 2022. Diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, drama ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan skrip nukilan daripada Zyza […]

error: Content is protected !!