Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 10, 2018 @ 12:13pm

1st Date: Apa Perlu Pakai

Temu janji pertama merupakan satu perkara yang sangat mengujakan bagi setiap wanita. Namun, pada masa sama mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak tahu apa yang hendak dipakai sewaktu pertemuan pertama dengan si dia. First impression memainkan peranan yang penting dan jika tersalah langkah dalam pemilihan pakaian, ia mungkin mampu menjadi disaster date buat anda dan si dia.

Penasihat fesyen yang juga fashion stylist, Tym Fatimah berkongsi panduan gaya penampilan yang sesuai dan tepat untuk temu janji pertama anda.

  1. Pilih pakaian yang sopan, ringkas dan tampak selesa

Gaya yang simple mampu membuat seseorang itu kelihatan lebih bergaya. Amat penting untuk memilih pakaian yang sesuai dengan tempat serta aktiviti yang dilakukan kerana jika tidak, ia akan menyebabkan ketidakselesaan sepanjang date tersebut.

  1. Go for pastel color

Warna-warna pastel sangat sesuai untuk date pertama. Pemilihan warna yang lembut ini mampu melahirkan suasana yang romantik berbanding warna-warna striking atau terang lain yang mampu menyakitkan mata si dia dan juga orang sekeliling.

  1. Aksesori ringkas

Aksesori dempak bukan pilihan yang tepat untuk first date. Cukup sekadar hiasan ringkas sebagai pelengkap gaya.

Menurut Tym Fatimah, memakai sesuatu yang sarat dan penuh perlu dielakkan kerana anda pasti tidak mahu kelihatan seperti pokok krismas. Pakaian yang seksi atau menjolok mata juga patut dielakkan kerana takut si dia menganggap anda memberi isyarat yang salah. Cukuplah mengenakan pakaian yang sopan, namun masih menunjukkan siluet badan.

Kata Tym lagi, fesyen adalah subjektif. Tidak semua orang menyukai apa yang kita suka. Justeru, untuk temu janji pertama, keselesaan adalah kunci utama. Penting untuk anda tampil dengan penuh yakin supaya tidak rasa janggal. Biar tampak sempurna dan classy kerana dari situ seseorang dinilai.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Akhirnyaaaa, semoga semuanya dipermudah! Kita tunggu keputusan pihak berkuasa nanti 🤲🏻

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Semoga adik Bella terus kuat dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Tue, 27 Mar 2018

Hindari Daripada Melakukan 5 Perkara Ini Selepas Makan! No 4 Paling Penting

Tahukah anda, pemakanan kita pada hari ini sebenarnya memberi kesan yang sangat besar apabila kita semakin berusia.

Oh Lawa Fri, 31 May 2019
Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Featured Wed, 7 Jul 2021

3 Cara Mudah Mohon Moratorium Secara Automatik

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Mulai hari ini, semua golongan peminjam boleh mendapatkan […]

error: Content is protected !!