Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 4:42pm

2 Cara Untuk Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada “Thumbdrive”

Penggunaan peranti storan mudah alih ataupun lebih dikenali sebagai Thumbdrive boleh dikatakan sangat sinonim dengan keperluan digital masyarakat kita.

Selain daripada saiz fizikalnya yang sangat kecil ianya juga dapat diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan.

Namun terdapat satu kekurangan Thumbdrive jika ingin dibandingkan dengan cakera keras ialah kelajuannya untuk memindahkan data yang agak perlahan. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan dua kaedah yang boleh digunakan untuk menambah baik kelajuan peranti Thumbdrive.

 

Kaedah 1 : Format Menggunakan NTFS 

 

Langkah 1: Sambung Thumbdrive anda ke PC.

langkah 2: Buka My Computer dan klik kanan pada Thumbdrive yang anda gunakan.

langkah 3: Klik pada  “Properties” dan pilih “Format.”

Langkah 4: Pada menu “File System” pilih  “NTFS.”

Langkah 5: Akhir sekali klik “Format.”

 

Kaedah 2 : Ubah polisi peranti

 

Langkah 1: Sambung Thumbdrive anda ke PC.

langkah 2: Buka My Computer dan klik kanan pada Thumbdrive yang anda gunakan.

langkah 3: Klik pada  “Properties” dan klik pada tab “Hardware”

Langkah 4 : Pada senarai pemacu yang tertera, pilih pada nama Thumbdrive yang anda gunakan. Kemudian klik pada tombol “Properties”

Langkah 5 : Klik pada menu “Change Setting“, seterusnya klik pada tab “Policies” yang muncul selepas itu

Langkah 6 : terakhir sekali, tandakan pada kotak yang tertera “Better Performance Option.”

 

Sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Wed, 25 Jul 2018

Khabar Angin Mengenai Cip Intel Core-i9 Yang Tertiris

Beberapa minggu lepas, Intel telah mengeluarkan beberapa dokumen di laman sesawang mereka yang merujuk kepada beberapa cip pemprosesan generasi ke-9 mereka. Antara yang disebut adalah cip 4 teras/ 4 bebenang Core i3-9000 dan 6 teras/ 6 bebenang Core i5-9600K. Yang menarik perhatian pula […]

TECH Tue, 28 Nov 2017

Cara Memadam Folder Kosong Pada Android

Ramai yang tidak sedar bahawa peranti pintar mereka dipenuhi ‘sampah’ yang tidak dikehendaki. Tahukah anda bahawa setiap kali aplikasi di padam akan meninggalkan folder kosong dan beberapa file “sampah” yang akan menjejaskan prestasi peranti? Berikut kami […]

TECH Thu, 14 Jun 2018

Tidak Mahu e-Mel Dibaca Selain Daripada Penerima?Guna Confidential Mode

Apabila kita menghantar maklumat melalui Email atau Gmail,kita pasti tidak mahu yang bukan penerima membaca isi kandungan E-mel kita.Kami ada tips untuk memastikan maklumat anda kekal ‘Confidential’.

TECH Mon, 2 Dec 2019

Cara Menukarkan Format Video Kepada Mp3 Pada Android

Pertama sekali pasang aplikasi Video to Mp3 converter pada Android anda, boleh sahaja mendapatkannya pda laman sesawang Apkpure.com sekiranya tidak disediakan pada playstore. Setelah siap pemasangan, pilih menu berikut. Kemudian pilih fail video yang ingin anda ubah kepada format […]

TECH Mon, 2 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

Pernahkah anda terfikir bahawa peranti Android anda mampu menghasilkan animasi? Kepada pengguna peranti Android, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk anda membuat animasi sendiri.

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
TECH Fri, 29 Jun 2018

Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mod navigasi motosikal untuk Google Maps akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Jun yang lalu.  Fungsi ini akan membantu penunggang motosikal di negara untuk mendapatkan arah jalan dan tempoh anggaran masa yang terpantas […]

TECH Mon, 17 Dec 2018

Ini adalah satu siri teknologi canggih pada Snapdragon 855

Qualcomm tak mau berlama-lama untuk menceritakan lebih detail SoC mobile terbarunya, Snapdragon 855 5G. Dihadapan Droidlime dan sejumlah media lainnya di Hawaii, Qualcomm pun langsung membedah chipset unggulan terbarunya itu.

Automobile Tue, 22 May 2018

Uber Henti Operasi Kereta Pandu Sendiri Di Arizona 2 Bulan Selepas Kemalangan Maut:

Uber berhasrat untuk meneruskan operasi kereta pandu sendiri mereka mulai musim panas ini, tetapi pada jarak yang lebih pendek dan penggunaan kereta yang sedikit

error: Content is protected !!