Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri June 29, 2018 @ 12:43pm

Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mod navigasi motosikal untuk Google Maps akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Jun yang lalu.  Fungsi ini akan membantu penunggang motosikal di negara untuk mendapatkan arah jalan dan tempoh anggaran masa yang terpantas untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Bagaimanapun, fungsi ini sebenarnya tiba agak lewat bagi pengguna Google Maps Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, mod navigasi motosikal ini telah pun diperkenalkan untuk pengguna di Indonesia kira-kira tiga bulan yang lepas. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan memilih di antara pilihan mod navigasi yang sedia ada sebelum ini iaitu kenderaan empat roda, pengangkutan awam dan berjalan kaki.

Dengan adanya mod navigasi terbaru ini, penunggang motosikal akan mendapat anggaran masa perjalanan yang lebih tepat berbanding sebelum ini. Ini kerana sebelum ini, mereka perlu menggunakan mod navigasi kenderaan empat roda yang mana pada keadaan trafik sesak, penunggang motosikal selalunya boleh bergerak dengan lebih pantas berbanding kereta.

Bagi menggunakan fungsi ini, pengguna peranti mudah alih perlu memuat turun kemaskini terbaru untuk aplikasi Google Maps melalui Google Playstore dan Apple App Store. Kemaskini ini sudah tersedia buat peranti Android dan iOS bermula semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

TECH Mon, 7 Oct 2019

Tinggalkan Facebook! Tapi….

Penyelidik mendapati, individu yang menutup akaun Facebook mereka menjadi lebih gembira, produktif dan tidak lagi tertekan.

TECH Fri, 6 Jul 2018

Peranti iPhone 2018 Dilapor Akan Hadir Dengan Lebih Variasi Warna

Setiap kali peranti terbaru iPhone diperkenalkan, peminat-peminat mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. Seperti yang sering terjadi, mereka sanggup beratur panjang sejak awal pagi untuk menjadi antara pemilik terawal bagi peranti iPhone untuk tahun berkenaan. Apple tidak […]

TECH Tue, 20 Aug 2019

Buang Malware Dari Komputer Windows

5 Cara Ini Mungkin Dapat Membantu Komputer Anda Dari Virus Malware

TECH Mon, 23 Apr 2018

Lancar Kemaskini Terbaru, Yahoo Mail Kini Lebih Pantas & Hebat

Yahoo Mail kini tampil dengan kemaskini personalization baharu dan lebih pantas dan smooth berbanding biasa.

TECH Mon, 27 Nov 2017

17个你绝对不知道的谷歌「秘技」

你绝对不知道的谷歌「秘技」!

TECH Wed, 7 Feb 2018

HADIAHKAN OPPO F5 ‘DASHING BLUE’ PIKAT SI DIA

Memang cantik peranti “OPPO F5 Dashing Blue” ini.

TECH Tue, 11 Sep 2018

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Sangat ringkas dan mudah.Cubalah!

TECH Mon, 29 Jul 2019

Cara Buat Wallpaper Dengan Imej Timbul Untuk Telefon Pintar Anda

Anda sudah bosan dengan wallpaper sedia ada? Disini ada cara untuk menghasilkan wallpaper dengan imej seakan-akan timbul seperti diatas. Caranya sangat mudah dan anda boleh ikuti langkah-langkah bergambar seperti dibawah. Pertama sekali screenshot halaman utama […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Xiaomi Keluarkan Iklan Acah Pertama Bagi Peranti Mi A2

Xiaomi telah memperkenalkan model Xiaomi Mi 6X pada bulan April yang lalu dan baru-baru ini mereka telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan pula peranti Mi A2 di Sepanyol, 24 Julai ini. Mi A2 juga adalah merupakan model […]

error: Content is protected !!