Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Enal December 23, 2018 @ 12:56pm

21 Sampel Cili Mengandungi Residu Racun Perosak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah pun menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan.

“Hasil pemantauan KKM dari Januari lalu hingga kini, 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis dan didapati 21 sampel cili (4.2 peratus) tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak dan tindakan penguatkuasaan telah pun dijalankan.

“KKM akan meneruskan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berkenaan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat bagi memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya.

Sekiranya mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat dan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.myatau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan cili merah Vietnam dikesan diseludup masuk dan dijual secara berleluasa di seluruh pasaran negara meskipun kerajaan telah menggantung import permit (IP) bahan komoditi berkenaan sejak 14 Sept lalu.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 31 Mar 2019

为什么要吃早餐?营养师:有4大好处

为何要吃早餐?名人御用营养师说:“有4大好处,对健康帮助多。”

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

世界上最健康的人不用上健身房!

世界上最长寿的人,会跑跑步机、做重量训练吗?研究指出,住在世界长寿热点「蓝区」的人们,不跑马拉松,也不上健身房。

Fab Foodies! Sat, 26 Jan 2019

Feast on a Variety of Delicious Foods at DoubleTree Penang This Chinese New Year

Spend the wonderful holiday dining at Makan Kitchen with the family.

LIFESTYLE Wed, 20 Nov 2019

Anak Kedua Lebih ‘Nakal’ Dari Anak Sulung Betul Ke?

Ha.. betul ke tak ini hanyalah kajian , jangan diambil serius pula ye

LIFESTYLE Sat, 10 Aug 2019

Kenapa Manusia Tepuk Tangan?

Ada sejarah rupanya tentang tepuk tangan. Ingatkan kerana bunyinya !

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

LIFESTYLE Fri, 5 Jan 2018

愈是悲伤愈要说出口?心理师:疗愈创伤最好是与他共存

我们总是练习快乐、练习坚强、练习不生气,却忘了如何练习悲伤……不管是家庭、朋友圈,当要好的亲友离世,情绪动荡会让所有生者都深受影响。

Fab Foodies! Fri, 17 Aug 2018

Jay Park’s Guide to Proper Soju Drinking Etiquette

Soju is more than just another alcohol; it’s South Korean culture.

LIFESTYLE Tue, 22 May 2018

「过度使用社群软体」可能使女性对自己身材更不满

觉得每天滑脸书、Instagram,让妳对自己的身材越看越不开心吗?

Fab Foodies! Sat, 2 Jun 2018

每周吃3次坚果降18%心脏病风险?

每周吃3次坚果降18%心脏病风险?瑞典研究:帮助心脏正常跳动。

error: Content is protected !!