Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 23, 2023 @ 6:47pm

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

Penyanyi veteran, Datuk Shake mengakui masih tidak melupakan bahasa Melayu meskipun sudah 24 tahun berhijrah di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dedah pemilik nama sebenar Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh yang pernah mendapat pendidikan di sekolah agama itu, dia masih boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.

“Saya anak Johor dan bersekolah Jawi hingga Darjah Tiga, kemudian barulah saya ke sekolah Inggeris.

“Jadi, mana mungkin saya lupakan bahasa ibunda, Melayu. Saya juga masih boleh tulis dan baca bahasa Jawi,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, perasaan sayang pelantun lagu Kau Bungaku itu terhadap tanah air tidak pernah luntur, namun keluarga juga menjadi keutamaannya terutama anak dan cucu.

“Bukan tak nak duduk atau tak suka Malaysia tapi anak, cucu dan harta benda dimiliki, semua ada di sana.

“Sudah tentu saya tak boleh tinggalkan, terutama anak dan cucu. Takkan saya nak berada jauh dari mereka. Memang tak boleh, ini pun saya sudah rindu, jadi ia mustahil,” jelasnya.

Bertanya lanjut mengenai minat dan kerjaya anak-anak, Shake tidak mengangka anak-anaknya juga mempunyai minat mendalam dalam bidang seni.

“Semuanya menceburi bidang seni, anak perempuan saya pelakon dan penyanyi, namun tidak menyambung karier seni apabila berkahwin.

“Namun, kedua-dua anak lelaki saya masih bekerja dalam bidang seni ini.

“Seorang adalah pengarah filem dan seorang lagi pelakon dan melakukan kerja dalam bidang penerbitan. Nicholas dan Amaro memilih menceburi bidang seni ini,” katanya lagi.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

G-Dragon Needs Surgery on His Ankle!

He is currently hospitalised in Seoul.

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Ingatkan Keluar Lagu Baru, Rupanya…” – Didakwa Scam Peminat, Ini Penjelasan Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu yang diberi judul Aina Abdul. Menariknya, Aina Abdul merupakan gabungan tiga lagu balada popular Aina iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi. “Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling […]

Trending Wed, 9 Sep 2020
Trending Sun, 11 Mar 2018

Top 8 Craziest Things Malaysian Kids Used to Do When Our Parents Weren’t Home

When our parents are not at home, we kids rule the house!

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Harris Baba Kembali Menyanyi!

Harris bakal muncul dengan sebuah album Julai ini bagi mengubati kerinduan peminatnya.

error: Content is protected !!